Blog Teknologi

Cara remove ransomware di dalam DROPBOX

Masih ramai orang mengabaikan keselamatan data dalam pc anda dengan membiarkan beroperasi tanpa antivirus dan internet security di dalam perisian anda. Aku juga pernah terkena virus ini. Dan sejujurnya, tiada cara yang aku temui dalam tempoh tersebut untuk mengembalikan file tersebut. Penulisan ini adalah sekadar pengalaman sendiri semata-mata bagaimana aku berjaya mendapatkan semula file yang terinfect yang terdapat dalam dropbox.

Ransomware adalah malicious program yang diwujudkan oleh golongan blackhat yang mendapat keuntungan dari kesusahan orang lain. Apatah lagi jika yang terkena itu adalah data data penting anda.Program ini akan encrypt data anda ke file extension yang berkaitan contohnya seperti blower. Djvu. Tfude. .grovat .roldat dan macam macam lagi.Dan kebiasaannya akan disertakan sekali dengan notepad blackmail, yang akan meminta anda untuk memasukkan sejumlah wang untuk membeli perisian decrypt file tu.

Hati hati. Dan jangan sekali kali anda:BAYAR, JANGAN BAYAR KEPADA PENYEBAR MALICIOUS INI.

Ini kerana kita tidak mahu anda menggalakkan lagi usaha seperti ini yang akan merosakkan orang lain pula di masa akan datang. Disamping, tiada jaminan pun anda akan dapat kembali data itu selepas anda membayarnya.

Okay ini adalah step2 yang dibuat semasa terkena ransomware .blower ini.

1. Open website dropbox anda di http://www.dropbox.com (gunakan browser, jangan apps drobox, apps belum support sehingga hari ini)

2. Tekan Files atau Paper untuk mencari file yang dijangkiti ransomware

3. Tekan kotak checkbox di sebelah kiri file

4. Pilih Version history.

5. Kemudian pilih version yang sebelum terkena ransomware (lihat tarikh).

6.. Untuk mengembalikan file tersebut, tekan Restore.

Tamat sudah kaedah yang saya gunakan selepas terkena ransomware di dalam aplikasi dropbox.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, tiada lagi cara yang berkesan sepenuhnya yang pernah dicuba oleh saya apabila diserang ransomware di dalam pc selain dropbox. Ada kaedahnya seperti menggunakan recovery software (kebiasaannya ransomware akan delete file dan ganti baru), namun, buat diri ini, ianya masih tidak berhasil mendapatkan file-file yang dijangkiti.Adiosz!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: