Keluarga

Mendapatkan kebenaran bekerja bagi pemegang social pass lanjutan (spouse)

Entri kali ini berkenaan buat pasangan Malaysia yang ingin mendapatkan kebenaran bekerja di Malaysia. Biasanya, pemegang social pass (spouse) akan dinyatakan untuk tidak membuat sebarang pekerjaan di visanya.

Oleh itu, untuk mendapatkan kebenaran bekerja tersebut, pemilik passport itu perlu melakukan beberapa perkara bagi mengubah status itu.

Pemegang passport perlu mendapatkan dokumen-dokumen ini :

1) Borang kebenaran bekerja (boleh didapati di pejabat imigresen Negeri masing-masing).

2) Akuan sumpah bercop pesuruhanjaya (masih sah status perkahwinan), yang ini kena bawa suami/isteri sekali ke mana-mana pesuruhanjaya sumpah. Bawa sijil nikah, ic dan passport(bukan warganegara) suami dan isteri.

3) Surat permohonan untuk bekerja. Boleh karang sendiri sebab perlu bekerja.

4) Jika bekerja dengan syarikat, sediakan form9 (ssm+form13 kalau ada, form49 , form24). Jika syarikat itu adalah kontraktor, bawa sekali salinan sijil CiDB.

5) Kontrak perkerjaan, bersetem di LHDN. Sekarang dia kena buat online di pejabat pejabat LHDN. Minta bantuan jika kurang mahir di sana. Borang daftar cukai juga perlu jika gaji layak dikenakan cukai (currently RM3,000)

6) Surat tawaran bekerja & confirmation letter.

7) Salinan ic warganegara pasangan (suami/isteri).

8) Salinan passport (suami/isteri), setiap muka surat yang bercop.

Dah ready semua dokumen di atas, anda boleh terus ke Pejabat Imigresen Negeri anda. Contoh kalau anda buka fail di Negeri Selangor, anda perlu ke Shah Alam bangunan PKNS untuk membuat urusan di bahagian visa. Tak perlu bawa pasangan kecuali kes khas yang memerlukan. Tapi sepatutnya tak perlu. Cukup dengan surat akuan sumpah masih sah perkahwinan.

Ambil nombor giliran di kaunter nombor, dan tunggu nombor anda dipanggil. Biasanya ikut luck, kalau laju, cepatlah sampai giliran. Approx waktu menunggu adalah 2jam(kebiasaan kalau sampai sana jam 9pagi).

Lepas dah serah pada pegawai, dia akan beri satu borang waktu untuk anda kutip passport anda yang dah siap dengan kebenaran bekerja.

Kalau dapat hari yang sama ok lah, tak kena datang lagi hari lain kan.

Tiada bayaran yang akan dikenakan jika anda telah memegang social pass sebelum ini. Jika untuk memohon social pass lanjutan (spouse), ada bayaran diperlukan. Boleh tanya dulu di kaunter pertanyaan. Karang dah tak cukup cash pula nak bayar untuk urusan. Tak pasti sama ada boleh bayar menggunakan kad kredit/debit.

Jadi itu lah dia kaedah-kaedah yang perlu anda buat untuk mendapatkan kebenaran bekerja tersebut. Semoga urusan anda lancar dan selesai dengan baik.

P/S : Kemungkinan Pegawai akan minta dokumen lain berbeza luar dari di atas mengikut keperluan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: