[BLOG] Reload atau topup tambah nilai Touch N Go dan caj extra

June 15, 2019 By:

So posting blog kali ini adalah berkaitan dengan caj yang dikenakan terhadap tambah nilai touch n go.

Rata rata pemilik kenderaan wajib ada TnG ini. Yang ada smart tag atau RFID tu kira bonus lah. Cuma perasan tak bila topup di stesen minyak/pondoktol/atau mana mana tempat yang berdapat servis ini, akan kurang dari sepatutnya. Contoh korang topup rm10, tengok tengok baki dalam tng anda cuma tinggal rm9.70

Itu bermakna anda sudah kena caj.

Tapi jangan risau. Di pondok-pondok tol highwaymemang tak kena. Biasa yang kena cuma di 3rd party yang dilantik. Perlu take point yang bukan semua 3rd party yang akan kenakan caj tersebut.

Alkisahnya aku singgah di Shell A, kena. Di Shell B tak kena. So tak lah rugi sangat kalau pergi ke Shell B untuk topup. Yang aku boleh cakap dan confirm skrg ni di di Shell Bandar Baru Nilai ke arah tol tu tak kena caj. So orang orang area Nilai Nogori Sombilan boleh lah topup kat situ kalau dah tak ada pilihan lain.

Shell Bandar Baru Nilai

Itulah kisah blog kali ini. Pandai-pandai memilih. Pastikan TnG anda menerima nutrisi dengan sempurna.

Selamat memanduu..

Leave a Reply