Hukum berurus niaga dengan bukan Islam / Non-Muslim [Mufti Selangor]

June 15, 2019 By:

Soalan : Ayam kampung yang diternak ini akan dijual kepada peraih bukan Islam, adakah ia dibolehkan?

wallahu

Jawapan : Nabi SAW pernah bermuamalat dengan yahudi yang tidak beragama Islam melalui Akad Ar-Rahn (gadaian). Oleh itu, Rasulullah SAW tidak melarang umatnya bermuamalat atau berurusniaga dengan bukan Islam. Oleh yang demikian urusniaga itu adalah sah, namun begitu jika diketahui niat peraih untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat maka penjual berhak untuk tidak menjual barangannya kepada peraih. Menjual ayam kampung kepada peraih bukan Islam adalah diharuskan, kerana jual beli tidak disyaratkan kedua-dua pihak penjual atau pembeli mesti beragama Islam.

sumber : MuftiSelangor

Leave a Reply