Keluarga Kesihatan Sukan

3 Kaedah Mudah Untuk Diet Bagi Menurunkan Berat Badan Anda Dengan Mudah Tanpa Perlu Rasa Lapar Dan Senang Hati

Kondisi berat badan berlebihan menyebabkan anda rasa kurang berkeyakinan, cepat lelah dan risiko untuk terkena penyakit agak tinggi. Di luar sana pelbagai cara yang terdapat cara untuk kurangkan berat badan dengan cepat.

Walaubagaimanapun, kebanyakan darinya akan menyebabkan anda lapar dan kurang puas hati melalui kaedah tersebut.

Kalau anda tak ada semangat juang yang tinggi, pasti anda akan kecundang dari meneruskan niat untuk menurunkan berat badan anda.

Kaedah ini akan buat anda

  • Mengurangkan nafsu makan
  • Menurunkan berat badan dengan cepat tanpa rasa lapar
  • Meningkatkan metabolisma kesihatan anda pada waktu yang sama

Ini adalah 3 kaedah yang paling mudah bagi menurunkan berat badan anda

1. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat berlebihan

Perkara paling penting adalah dengan mengurangkan pengambilan gula (kalau boleh pada kadar paling minimum jika perlu) dan juga karbohidrat.

Kesannya, anda akan kurang rasa lapar dengan cepat dan akan menyebabkan anda kurang mengambil kalori (1. Sumber).

Jadi, daripada badan anda membakar karbohidrat anda dalam badan untuk tenaga, kini ia akan mula membakar lemak berlebihan yang anda “cintai” itu pula. Faham?

Selain itu, pengurangan pengambilan karbohidrat juga dapat mengurangkan kadar insulin, ini mengakibatkan buah pinggang anda memaksa mengeluarkan lebihan sodium dan air dari tubuh badan anda. Ini dapat membantu mengurangkan berat air dalam badan yang berlebihan (2. Sumber).

Telah terbukti dan tidak asing lagi kaedah ini kebiasaanya dapat mengurangkan berat badan anda sebanyak 5kg (boleh jadi lebih) pada minggu pertama jika anda mengamalkan kedua-dua cara ini yang dapat membuang lemak dan juga air yang berlebihan dalam badan.

Di bawah ini adalah graf dari kajian membandingkan antara pengamalan kaedah rendahkan karbohidrat dan lemak pada wanita yang mengalami obesiti dan berat badan yang berlebihan (3. Sumber).

SUMMARY Removing sugars and starches (carbs) from your diet will reduce your appetite, lower your insulin levels and make you lose weight without hunger.

2. Makan Protein, Lemak dan Sayuran

Gizi yang seimbang bermaksud anda memerlukan sajian yang mempunyai protein, sumber lemak dan juga sayuran yang rendah karbohidrat.

Mengamalkan pemakanan sebegini akan secara automatiknya dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat kepada tahap yang disarankan iaitu 20–50 gram setiap hari.

Protein Sources

  • Daging: Lembu, Ayam, Kambing, dll.
  • Ikan dan Hidupan Laut: Ikan, Udang, dll.
  • Telur : Sebiji telur (dengan kuning dan putihnya, kulit tak payah la makan, lahap sangat tu)

Pengambilan protein yang tinggi dapat mengurangkan rasa lapar kepada makanan pada kadar 60%, juga dapat mengurangkan rasa nak makan pada waktu malam sebanyak 50% dan juga menyebabkan anda rasa kenyang sehingga dapat mengurangkan kadar pengambilan kalori sebanyak 441 setiap hari. Tunggu apa lagi? tambahkan pengambilan protein dalam diet anda! (4. Sumber).

Nutrisi yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah di MENANGI OLEH…. PROTEIN!!!

Sayur yang rendah lemak

  • Brokoli
  • Bayam
  • Tomato
  • Kobis
  • Salad
  • Timun
  • Senarai penuh disini.

Makan banyak-banyak sayur pun tak akan lebih dari 50 jumlah karbohidrat setiap hari. Banyakkan bersayur..

Sumber lemak

  • Minyak Zaitun
  • Minyak Kelapa
  • Minyak Avocado
  • Mentega

3. Bersenam 3 kali Seminggu

Bersenam sebenarnya sebagai bonus yang dapat membantu dalam kaedah menurunkan berat badan ini.

Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk bersenam adalah memadai. Pastikan anda menggunakan kaedah yang betul ketika bersenam. Jangan sampai tercedera pula.

Yang penting work smart dont work TOO HARD okay !

Obese vs thin woman

Dengan 3 kaedah di atas ini, anda boleh menikmati hari-hari diet anda tanpa merasa Lapar!

So selamat mencuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: