GayaHidup Keluarga Kesihatan

KELAHIRAN CAESAR BERISKO TINGGI ?? APAKAH IA DAN CARA MENGHADAPI KELAHIRAN CAESER DENGAN BAIK

Setiap kelahiran adalah suatu anugerah buat ibu bapa yang menginginkan cahaya mata. Dan mempunyai anak-anak yang ramai juga mungkin menjadi impian ibu-bapa agar dapat lebih menyerikan lagi rumah tangga mereka.

Kelahiran adalah suatu perkara yang indah. Kesakitan yang dialami oleh si ibu adalah terlalu kecil berbanding dengan kebahagiaan yang dirasai oleh rata-rata ibu yang melahirkan si kecil itu. Dengan teriakannya juga mampu membuatkan si ibu tersenyum bahagia terkenangkan kandungan di dalam perutnya selama 39 minggu telah selamat dilahirkan.

Namun begitu, tidak kesemua kelahiran adalah kelahiran yang normal. Terdapat juga kes-kes yang melibatkan si ibu perlu melahirkan dengan kaedah pembedahan atau caesar. Perlu kita ingat, sejak tahun 2009, kadar kelahiran selamat telah mencecah 98 peratus. Jadi usah gusar, dengan kecanggihan teknologi dan juga kepakaran doktor bidan kini mampu untuk mengurangkan kadar kelahiran tidak selamat. Oleh itu banyakkan berdoa dan berharap agar urusan kelahiran bayi anda dapat dipermudahkan.

Caesar adalah kaedah melakukan persalinan dengan melalui pembedahan di mana irisan dilakukan di perut ibu (laparatomi) dan rahim (histerotomi) untuk mengeluarkan bayi. Proses ini kebiasannya mengambil masa sekitar 3 jam ke 6 jam (berdasarkan pengalaman) untuk dilakukan.

Proses Caesar ini akan menyebabkan si ibu akan mengalami luka yang perlu disembuhkan. Kecederaan yang berlaku di bahagian perut luar dan dalam perlu diberi perhatian yang betul. Ini dapat mengurangkan risiko dari berlakunya jahitan terbuka (jarang berlaku,cuba elakkan).

Selepas pembedahan caesar, si ibu perlu berehat untuk memastikan badan pulih sepenuhnya tanpa mengandung pada jarak yang dekat sekitar tempoh sekurang-kurangnya tiga ke empat tahun.

Untuk makluman tambahan, pembedahan caesar akan menyebabkan si ibu mengalami pendarahan lebih 2x ganda dari kelahiran normal. Kehilangan darah yang banyak akan menyebabkan si ibu terlalu letih dan memerlukan rehat yang cukup!

Pastikan si ibu sentiasa alert jika berlaku sebarang rasa tidak senang atau kesakitan yang terlampau. Maklumkan segera kepada jururawat atau petugas berhampiran.

Kebersihan pada luka perut si ibu juga perlu pada tahap tertinggi. Ini bagi mengelakkan berlaku nanah, dan juga jangkitan kuman jika mengabaikan kebersihan pada luka tersebut.

Jika anda mendapat rezeki untuk mengandung pada jarak yang dekat, usah khuatir, itu adalah rezeki masing-masing. Namun, sentiasa mendapat khidmat nasihat dari doktor-doktor, agar anda dapat memastikan kandungan dalam rahim anda dalam keadaan sihat dan selamat.

Semoga maklumat yang kami kongsikan ini bermanfaat dan sebarkan kepada rakan yang lain dengan kongsikan artikel ini di laman socmed anda. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: