Cara buat pearl (BubbleTea) homemade

June 28, 2019 By:

Minuman berpearl ni makin menjadi trending di seluruh Malaysia kini. So harini rasa nak share sikit resepi buat pearl kat rumah

Senang je

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. 2 cawan tepung ubi

2. 2 Sudu Besar Tepung Pulut

3. Pewarna (biasa orang pakai hitam, nak ungu pun boleh, taste masing-masing)

4. Air panas

5. Garam secubit

6. 3 Sudu gula

7. 3 Helai Daun pandan

Dah ready semua ni..

First sekali sebatikan tepung pulut, tepung ubi dan garam dalam satu adunan. Masa sebatikan tu letak air panas sikit-sikit jangan terus curah je, sampai la dia betul-betul cantik je bentuk.

Assyikkkkk

Lepastu, dah rasa semua dah sebati, boleh cubit kecil kecil dan bulatkan ikut selera. Tapi biarlah agak-agak sama saiz dengan kat kedai tu. Baru lah copy ori ye dak. Lepas tu salut sikit dengan tepung elak dari melekat satu sama lain.

Then, masukkan pearl dalam air dan didihkan air yang berisi dengan gula 3 sudu dan daun pandan 2 3 helai. So gula tu akan kilatkan pearl tu.

Dah didih, boleh toss kan. Dan lalukan air bersih agar dapat buang lebihan kanji yang ada pada pearl kesayangan tu.

Last sekali boleh masukkan pearl yang dah ready ke dalam air gula untuk disimpan dalam peti ais. Kalau air biasa nanti mengeras pulak air.

Hidangkan ke dalam minuman anda tea peng anda.. Jimat dan dijamin bahan digunakan adalag bersih!

Selamat mencuba….

2 Replies to “Cara buat pearl (BubbleTea) homemade”

Leave a Reply