GayaHidup Makan-Makan

Xing Fu Tang menipu?

Xing Fu Tang Malaysia berisiko didenda oleh KPDNHEP kerana dikatakan cuba memperihal produknya di Malaysia sebagai Halal tanpa sijil Halal.

Menurut sijil yang dipamerkan, pemilik sijil itu adalah PT Pelepas Dahaga Indonesia yang beralamat di Jakarta Barat, Indonesia. Tapi pengumuman Halal itu dibuat kepada pelanggan di Malaysia dengan tagline “We Are Now Certified Halal”. Jelas ini satu cubaan mengelirukan pengguna, kerana pelanggan Malaysia akan menganggap XFT Malaysia sudah Halal atas alasan XFT Indo sudah dipersijil Halal.

Di Malaysia, pihak berkuasa wibawa Halal adalah Jakim dan JAIN. Tiada pihak boleh mengesahkan Halal selain dua badan ini. Hanya produk import saja yang boleh mempamer sijil Halal luar negara. Produk tempatan tak boleh pamer sijil Halal luar negara, melainkan disertai logo Halal Jakim/JAIN.

Boleh rujuk Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal). Sepatutnya pihak XFT memulakan perjalanan Halalnya dengan permulaan yang baik, agar integrity Halal mereka diyakini ramai. Kesilapan dalam Halal Governance hanya menjejaskan imej syarikat.

Bahan mentah yang disahkan halal tu bahan mentah XFT Indo, bukan bahan mentah XFT Malaysia. Staf yang dah disahkan kompeten mengurus halal tu staf XFT Indo, bukan staf XFT Malaysia. Premis yang dah disahkan tiada pencemaran najis tu premis XFT Indo, bukan premis XFT Malaysia. Oleh itu, XFT Malaysia tak sepatutnya menggambarkan diri mereka sebagai halal terlalu awal.

Credit : Facebook Bilal Jailani

Susah-susah sangat buat je homemade Pearl Bubble macam NM penah ajar kat Post sebelum ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: