[Solved] socialclub.rockstargames.com took too long to respond – GTA 5 online

August 20, 2019 By:

Perkara ni memang jadi barah buat pemain GTA 5 online yang mana ada masalah untuk login socialclub rockstar tersebut.

Pertama sekali ketahui masalah yang anda sebenar benarnya hadapi. Untuk posting kali ini adalah berkaitan dengan isu:

1- “offline mode” bila launch game GTA online.

2- tak boleh masuk http://www.socialclub.rockstargames.com

Jika menghadapi kedua-dua masalah di atas, NM telah menemui solution yang berkekalan sampai sekarang dah tak berulang lagi setelah buat pelbagai cara (NM memang maksudkan, mencari solution dari segenap benua dan youtube)

Apa yang NM buat adalah contact Internet Service Provider(ISP). NM menggunakan Unifi, jadi NM call lah 100 dan sambung ke bahagian teknikal unifi untuk sambungan talian. Ceritakan masalah IP anda yang telah diblock oleh server (biasanya operator akan faham), dan minta dia untuk tukar atau reset dari sana dan mohon untuk unblock ke website socialclub tersebut.

Jelaskan dengan terang terang. Nanti dia akan buatlah kerja dia, dan minta untuk reset. Ya, memang ada kaedah untuk reset tanpa call ISP ni, tapi NM dah cuba berkali kali dan ikut luck. Dah dapat, tak kekal. Dia jadi balik.

Jadi harap NM dapat membantu buat mereka yang menghadapi masalah ini. Tak perlu pakai VPN, sebab pengalaman NM pakai VPN selalu tiba tiba auto dc. Menyakitkan hati! Selamat mencuba dan enjoy ur gta game !

Leave a Reply