[Blog] Penyambaran kasut kesihatan baru di Footlink dan MediShoe

September 3, 2019 By:

So posting kali ni berkenaan dengan proses menghabiskan duit poket bersempena cuti awal muharram kali ini.

NM bukanlah penggemar kasut atau selipar, malah tak pernah cerewet pun kalau nak pakai selipar jepun suatu masa dulu. Sehinggalah orang rumah NM suggest satu kedai ni di Bandar Baru Bangi Selangor lepas NM selalu mengadu sakit di bahagian kaki yang tak sembuh-sembuh buat beberapa ketika.

Awalnya memang NM insist untuk beli sepahtu baru untuk perjalanan hari-hari sebab bagi NM mana-mana pun sama. Dalam masa yang sama ada perasaan spektikal tentang kasut kesihatan ni. Dalam otak duk terhasut-hasut ni merketing je, scam je. Last-last NM diheret jugak oleh orang rumah NM untuk ke kedai footlink di Seri Bangi ni.

Kaki melangkah masuk je terus macam teruja sekejap. Firstly sebab nampak pilihan kasut dia banyak tak macam kedai sebelum ni yang menggunakan konsep sama. Design yang boleh sesuai untuk dibawa ke mana-mana juga menyebabkan perasaan berbelah bahgi tu hilang sama sekali.

Layanan staf di situ juga baik. So lepas try satu dua pasang, then terpikatlah dengan satu sandal dengan harga yang ngam. So okaylah dah lebih setahun bersama sehingga kini.

Alkisah hari ini pula orang rumah pula nak cari kasut baru. Bawa ke sini untuk try try. Alhamdulillah ada saiz dan design yang diminati tu mengikut citarasa sanubari.

Ada juga satu kedai konsep sama sebaris dengan kedai footlink Seri Bangi ni pun dengan konsep kasut kesihatan yang sama. Tapi dengan penonjolan lebih kepada 100% keluaran bumiputera. Nama kedai ni medishoe. So bolehlah cuba kalau nak beli di sini. Promosinya pun agak menarik.

Sememangnya penerimaan dan kesedaran orang ramai tentang kebaikan kasut kesihatan ni dah mula merebak. Benda baik untuk kesihatan why not dipromosikan.

Gambar sekitar pencarian:

Leave a Reply