GayaHidup Teknologi

Maklumat peribadi anda yang perlu dijaga dengan baik. Peristiwa viral OTP.

Keselamatan maklumat peribadi anda dan sekuriti bagi perisian anda sangat fragile buat masa sekarang. Terutama di zaman teknologi it internet yang meluas. Aspek keselamatan maklumat anda kini menjadi amat mudah untuk terdedah dan jatuh kepada orang luar yang tidak berkaitan terlalu membimbangkan.

Jika maklumat penting anda itu jatuh kepada orang yang tidak bertanggungjawab akan mengakibatkan kesan yang amat buruk kepada kita.

Beberapa isu yang tular kini terutama berkenaan peristiwa scammer meminta OTP kepada mangsa melalui whatsapp. Walaupun berdasarkan kishnya tidak memberikan SMS OTP itu tidak bermakna anda selamat dari godaman. Ini kerana teknik transfer kepada third party(list favorite) dapat digunakan dengan mudah tanpa memerlukan OTP lagi.

Awal sem ne ada beberapa kawan yang terkena. Habis Duit PTPTN licing.
Jom lebih berhati-hati lepas ne!
INI SERIUS!! JGN LAYAN LAGI KALAU ‘SCAMMER’ CALL – tak kisahlah berkaitan saman atau bank atau no IC atau no OTP/TAC
.
TERUS LETAK TELEFON+ OFF DATA/WIFI sekejap. ++ kurangkan Fav list akaun perorangan
.
Bagaimana scammer boleh mengeluarkan duit tanpa OTP?

Scene 1
Saya terima beberapa panggilan dari 017 813 5084 . Panggilan tidak dijawab.
017 813 5084 ( scammer ) hantar WhatsApp. Saya buka. Ada beberapa screen shoot / gambar SMS OTP yang telah dibuat.
Scammer meminta no OTP tersebut kerana isteri tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan beliau dan video yang menunjukan no akaun beliau untuk menyakinkan saya.
Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke hp saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan device. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan.
Scammer hantar lagi beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp saya . Saya tidak memberi OTP.
Terima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List saya.
Waktu tersebut saya baru tersedar telah enggage dengan scammer di WhatsApp = hampir satu jam.
Saya hubungi Customer Service hotline. Sah = pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya. Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja. Tindakan Customer Service = blok kad + online banking termasuk mobile app. Suruh buat laporan polis.
Saya block no 017 813 5084 dari WhatsApp; (selepas menghubungi Customer Service). Malang nya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.

Scene 2.
Pergi ke Balai Polis Samarahan. Laporan dibuat.
Mereka suruh rujuk di Balai Polis Sg Maong kerana ia lebih kepada commercial crime.

Scene 3.
Pihak polis cadangkan saya hubungi pihak penerima dalam Favourite List tersebut.
Saya call. Pihak Favourite List saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.
No yang digunakan 017 866 0079. Gambar profile adalah sama dengan gambar profile WhatsApp saya.
017 866 0079 hantar gambar bukti transaksi yang telah berjaya.
Favourite List semak akaun dan sah duit telah berjaya masuk.
017 866 0079 minta dipulangkan kembali duit tersebut kerana salah tranfer. Scammer beri no akaun yang lain. Jika Favourite List ingkar, scammer ugut laporan polis akan dibuat .
Favourite List pindah duit ke akuan tersebut sebab takut.

Scene 4.

Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan; menurut laporan polis setakat ini ( awal September 2019) lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017 813 5084 .

Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut / suruh Favourite List pindah ke akaun lain. Akaun lain = besar kemungkin adalah akaun keldai/ transit
3.Jumlah keseluruhan sekarang lebih RM 63 ribu

Pengajaran / Analisis:

Jangan online / engage dgn scammer. ( Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh clone hp kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut = akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online + engage dengan mereka.)

Off WiFi . Disconnect mobile data; jika pemanggil disyaki adalah scammer.
Sharing is Caring 💕

Antara point yang kita boleh baca dari kisah di atas adalah pengajaran untuk tutup wifi dan phone. NM kurang yakin akan keberkesannya, malah bagi NM adalah perlu untuk anda mempunyai internet dan wifi untuk berhubung terus kepada pihak bank bagi membuat arahan menutup segala transaksi buat seketika kerana amat jelas, PASSWORD DAN ID BANK ONLINE ANDA TELAH DIKOMPROMI. Itu sangat jelas.

Suatu ketika dulu pernah sebuah bank membuat iklan di kaca tv, NM tak tau kalau masih ada waktu ini iklan yang seangkatan dengan iklan ini sebab NM pun dah jarang-jarang tengok tv. 😉

Di sini NM akan berkongsi salah satu cara yang dapat mengelakkan dari password anda terdedah oleh pihak anda sendiri. (NM tak sentuh kalau data itu didedahkan oleh pihak selain anda)

NM akan sentuh salah satu punca yang menyebabkan id dan password anda boleh terdedah dengan mudah. Iaitu melalui saved password di browser anda. Ia nampak simple, tapi password anda dapat terdedah dengan mudah.

Anda kebiasaannya akan menerima pop up “do you want to save your password” dari browser anda apabila hendak login ke dalam sesuatu website, elakkan dan nasihat NM jangan sesekali saved password anda. Alasan untuk sering terlupa password perlu mempunyai kaedah yang lain cara mengatasinya. Ini kerana anda akan terdedah dengan risiko kebocoran maklumat pada orang yang menggunakan device/perisian anda. Termasuk laptop dan gajet.

Cara untuk remove saved password ini adalah, kalau dari chrome, Titik 3 atas kanan > settings > passwords.

Boleh lah remove kalau nak ya. Taknak pun terpulang pada anda. NM cuma berkongsi pendapat dan pengalaman NM sahaja salah satu kaedah untuk menyelamatkan data peribadi anda.

p/s : dalam kisah viral di atas, NM tertanya-tanya macam mana dia dapat contact number favorite list mangsa. Hmmmm 🤔

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: