GayaHidup Keluarga Teknologi

Bina rumah cantik dengan interlocking brick

Memiliki rumah adalah idaman setiap orang. Pelbagai jenis rumah yang menjadi pilihan mengikut keadaan ekonomi sesebuah isi rumah, citarasa, kemudahan prasana dan juga lokasi yang bersesuaian.

Di sini NM nak exposekan satu sistem pembinaan yang menggunakan Interlocking Brick System (IBS). Di mana IBS ini mampu mempercepatkan tempoh pembinaan rumah idaman anda.

Apakah itu Interlocking Brick System??

Berlatar belakangkan Interlocking Brick

Perbezaan ketara antara batu interlocking brick ini berbanding batu bata kebiasaan(merah) adalah dari segi bentuknya. Batu bata biasa berbentuk segi empat tepat seperti yang kita biasa lihat. Namun, bagi Interlocking Brick ini, ia adalah berbentuk seperti lego yang terhasil dari tekanan yang tinggi tanpa pembakaran.

Jika dilihat di atas ini adalah salah satu contoh yang boleh didapati di salah satu pengusaha Interlocking Brick iaitu Uniti Brick. Uniti Brick bukan sahaja berpengalaman menghasilkan beberapa jenis rumah malah juga infrastruktur seperti Pagar, Gateway dan juga longkang dengan kemas dan cantik. Ownernya adalah seorang Arkitek lulusan UIAM dan di belakangnya terdapat beberapa individu yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang construction.

Berbalik sistem Interlocking Brick ini. Kebiasaannya yang membuatkan sesuatu rumah melonjak naik adalah disebabkan KOS WAKTU. Kos waktu ini terhasil apabila sesuatu fasa seperti brick laying atau susunan bata yang mengambil masa yang agak panjang. Sedangkan perkara sebegini boleh dikurangkan dengan penggunaan IBS seperti ini.

Kekurangan pada IBS ini adalah perlunya tenaga kerja yang betul-betul mahir dalam penyusunan bata. Kesilapan seperti ini boleh menyebabkan plan sesuatu projek tergendala. Malah ia menyusahkan client. Untuk itu, Uniti Brick adalah sebuah syarikat kontraktor yang telah mempunyai pengalaman itu. Kemahiran yang ada pada Uniti Brick telah terbukti apabila kemampuannya untuk menyiapkan projek-projek di bawah ini pada waktu yang ringkas.

Sebagai contoh, sebuah rumah banglo keluasan 2500sqft di Port Dickson, Uniti Brick telah mencapai tahap maksima di mana mampu menyiapkan bangunan banglo tersebut hanya dalam masa DUA BULAN. Ya, anda baca dengan tepat, DUA BULAN. Satu lagi projek di Pinggiran Putra, mereka berjaya menyiapkan infra pagar ala-ala istana setinggi 5kakix30kaki dalam masa seminggu setengah. Terbukti kini kemampuan Uniti Brick dalam pembinaan Interlocking Brick tidak dapat dinafikan lagi.

Antara kerja-kerja mereka yang NM rasa agak kagum adalah seperti di bawah.

Pagar di Pinggiran Putra
Dewan Terbuka untuk 2000pax
Lawatan dari Delegasi Indonesia ke 10 Unit banglo IBS di Port Dickson

Penggunaan interlocking brick ini bukan sahaja lebih cepat. Namun, ada sesetengah testimoni yang NM temui, mereka mendakwa bata ini juga lebih sejuk. Di kala suhu bumi Malaysia yang kian meningkat, NM rasa penggunaan batu interlocking ni untuk rumah idaman anda adalah pilihan yang sangat bijak. Ini mungkin difaktorkan oleh pembuatan batu itu sendiri yang menjadi punca di atas kelebihan batu ini.

Pemilihan warna idaman anda juga boleh diaplikasikan dalam penggunaan batu brick ni. Jadi tak perlu risau lah kalau anda rasa tak berapa gemar dengan warna bata asli interlocking ni. Anda boleh pilih warna yang kena dengan citarasa anda. Even kalau anda nak warna rumah anda dengan warna pelangi pun boleh. Tanya kontraktor IBS ni kalau tak percaya NM.

Ada juga yang berpendapat kalau nak Plaster dinding IBS ni boleh ke? Boleh, tapi itu dah defeat the purpose lah. IBS bentuk lego ni lebih design tekstur dia yang unik. Kalau anda plaster, dah tak ada lah keunikan itu. Apa-apa pun tanya hati, itulah pilihannya.

Senarai Video rumah interlocking berdasarkan yang anda boleh tonton :

Uniti Brick :

  1. 10 unit banglo : Link Youtube
  2. 750sqft Teluk Panglima Garang : Link Youtube

MyIB

  1. Konvensional vs Interlocking : Link Youtube

Jadi itu sahaja yang NM mahu berkongsi tentang satu teknologi baru dalam pembinaan di Malaysia. Semoga bermanfaat. Oh kalau berminat, NM recommend untuk berurusan dengan kontraktor yang dipercayai seperti Uniti Brick. Insyallah servis mereka terbaik dan professional. Anda boleh hubungi mereka sendiri untuk dapatkan quotation atau sebarang pertanyaan dengan ke laman media sosial rasmi mereka di :

Klik untuk Whatsapp :
1. Ahnaf Jamal
2. Aizat

Facebook : Uniti Brick

Instagram : Uniti Brick IG

Email : Uniti Brick Email


Scan QR Code Uniti Brick Whatsapp

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: