Blog GayaHidup Keluarga Politik

Proses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati

Pengalaman kena naik mahkamah atas kesalahan Cukai Jalan(roadtax) mati dan juga ketiadaan insurans bagi sesebuah kenderaan merupakan perkara yang biasa berlaku.

Ada kalanya pemilik kenderaan leka dan terlupa dek kerana kesibukan urusan harian. Ada juga sesetengah individu tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans oleh kerana kekangan kewangan tetapi perlu untuk menggunakan kenderaan tersebut untuk urusan harian.

Pelbagai alasan dan musabab yang menyebabkan roadtax dan insurans tidak diperbaharui oleh pemilik kenderaan. Tetapi di sini NM nak berkongsi cara dan susun alur jika anda disaman oleh JPJ atas kesalahan Roadtax tamat tempoh.

Secara automatisnya jika anda didapati membawa kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan oleh abang JPJ, anda juga turut akan dikehendaki ke mahkamah pada tarikh tertentu yang ditetapkan. Walaupun jika roadtax anda tamat tempoh selepas satu hari sahaja! JPJ ada beritahu bahawa ianya adalah suatu kesalahan jenayah jalanraya.

Berbalik kepada apa yang perlu anda lakukan adalah, pertama apabila anda perlu menerima surat saman dari JPJ dan akan diminta menandatangani surat saman tersebut. Pemilik juga akan menerima surat saman yang akan dihantar ke rumah jika pemandu adalah individu yang berlainan.

Katakanlah anda diminta ke Mahkamah majistret bahagian trafik pada 1Jan2020 pada jam 8 pagi, perlu diingat kebiasaanya persidangan akan bermula pada jam 9 pagi. Tiba di mahkamah, anda kena mendaftar di kaunter pendaftaran, anda akan diminta menyerahkan kad pengenalan dan surat saman yang diberi pada anda. Jika anda mewakili pemilik (pemilik tak dapat hadir atau malas hadir), anda perlu untuk memberitahu anda akan menjadi wakil bagi pemilik tersebut. Ya anda boleh mewakili pemilik mengikut pengalaman NM sebelum ini dan juga makluman dari pegawai di mahkamah tersebut.

Semasa persidangan, akan ramai lah pesalah-pesalah trafik yang akan berada di ruang kamar perbicaraan tu untuk menunggu giliran. Tunggu sehingga nama anda dipanggil.

Denda yang akan dikenakan. Bagi kesalahan tiada/tamat lesen memandu, minimum RM300 tanpa kompromi.

Untuk kesalahan roadtax dan insurans mati pula biasanya untuk motor dalam rm100 ke rm200 mengikut budi bicara tuan majistret. Jadi kalau dua kesalahan tu dalam RM 300 juga lah. Cuma kalau kereta biasanya RM150 dan RM200. Pandai-pandailah beri sebab dan alasan, tapi NM harap jangan menipu. Dosa.

Dah dapat tahu denda yang telah ditetapkan oleh tuan majistret, anda akan diminta untuk membuat pembayaran, kalau tak bayar kena masuk penjara selama 3 hari.

Pegawai di kaunter pembayaran akan panggil nama mengikut giliran untuk membuat pembayaran. Di mahkamah Seremban 2, kaunter pembayaran tidak akan menerima bayaran secara cash, anda perlu memasukkan ke dalam CDM mesin yang disediakan di perkarangan mahkamah tersebut. Anda juga boleh memilih untuk membuat pembayaran melalui debit kad. Lebih mudah dan cepat. Tiada caj tambahan pun. NM prefer yang ini.

Dah selesai buat bayaran pastikan anda menerima resit dari kaunter tersebut. Selesai! Tahniah kerana anda telah menjadi pesalah trafik yang bertanggungjawab.

18 comments

  1. Assalamualaikum, saman atas ic anak saya dan naik mahkamah atas kesalahan tiada insurans dan roadtax. anak saya dah bayar saman tersebut di mahkamah. masalahnya, waktu kejadian saman itu dikeluarkan nama pemilik kenderaan itu masih belum tukar. tapi sekarang dah tukar. tapi pemilik lama tu kata dia pun naik mahkamah hari yg sama dan kena bayar saman juga. soalan saya, boleh kah bayaran dibuat oleh dua org untuk kesalahan yg sama , tarikh yg sama, jam yg sama. ada sesapa yg arif atau tahu pasal kes ni ?

    Like

    1. Waalaikumussalam, antara proses yang perlu dilakukan apabila saman jpj bagi kesalahan tiada roadtax dan insurans, bukan hanya pemandu, pemilik juga perlu hadir ke mahkamah pada hari dan waktu yang sama. Melainkan pesalah memohon untuk menangguhkan perbicaraan mahkamah. Pesalah akan dikenakan denda akibat membawa kenderaan tanpa roadtax dan insurans, manakala pemilik didena akibat membenarkan pemandu tersebut memandu kenderaan yg tiada roadtax dan insuran. Harap jawapan ini membantu puan.

      Like

  2. bang saye nak tanye kalau saye kena saman sebab roadtax mati dan insurans takde motosikal, kalau saye tk bayar jadi macam mana ye ? lesen p saye dah ada dan pemilik motosikal tu bukan saya punya

    Like

      1. sorry saya ingin bertanya lagi, bolehkah saya membayar saman dekat online je contoh mcm myeg? sedangkan dekat surat saman itu suruh saya pergi mahkamah.

        Like

  3. Assalamualaikum. saya hendak bertanya.
    1. Kawan saya tidak boleh perbaharui lesen memandu disebabkan terdapat saman dalam sistem JPJ. Dalam notis saman…Jenis Kesalahan adalah lesen kenderaan motor yang telah tamat tempoh. Bermaksud hanya kesalahan tersebut sahaja ya? tidak akan disabitkan kesalahan lain lah ye sebab insurans kereta pun mati tetapi tidak di tulis dalam notis saman tu.
    2. Kenderaan adalah kereta. Jadi berapa maksimum bayaran denda bagi kesalahan tersebut? sebab kaunter JPJ tu maklum minimum RM1500 dan maksimum RM3000. Saman tu pada Ogos 2019.
    3. Saman tersebut dikeluarkan kepada kawan saya. Saya sebagai pemilik kereta tidak mendapat apa2 notis atau maklumat berkenaan saman tersebut. Saya masih boleh perbaharui lesen memandu dan roadtax dan juga insuran kereta. Jadi saya tiada kaitan lah ya dengan saman keatas kawan saya itu?
    Terima Kasih atas penerangan Tuan

    Like

    1. Waalaikumussalam, NM akan jawab berdasarkan kapsiti NM melalui pengalaman sahaja. Untuk pengesahan boleh dapatkan dari jabatan JPJ atau peguam yang lebih arif.
      1. Dari segi notis tersebut kesalahan tiada roadtax atau insurans tidak dinyatakan. Hanya melibatkan lesen mati. Kesalahan tersebut jatuh di bawah seksyen 26(1) yang boleh dikenakan kompaun maksima rm300. Tidak perlu hadir ke mahkamah. Hanya perlu selesaikan dengan ke kaunter jpj.
      2. Boleh semak kesalahan di bawah seksyen mana. Sebab maksima kompaun untuk kesalahan lesen mati adalah rm300, juga boleh dapatkan pengesahan dari yang lebih arif.
      3. Ya, kalau tiada sebarang notis atau makluman dari sistem jpj, anda tidak terlibat di atas kesalahan dibincangkan. Cuma NM nasihatkan elakkan memberi pengguna yang tidak ada lesen/lesen mati membawa kenderaan anda. Kalau apa-apa jadi sendiri itu risiko pada tuan.

      Harap membantu. 😁

      Like

  4. Maaf Tuan NM. Kes Kawan saya tu…Lesen Kederaan Mati / Roadtax mati. Kawan saya diberikan notis saman sebab bawa kenderaan roadtax mati. Lesen memandu semasa tu masih hidup.
    Untuk pertanyaan Bilangan 1, 2, dan 3 tu masih perkara sama iaitu berkenaan Saman Roadtax mati.
    Notis saman…Jenis Kesalahan adalah lesen kenderaan motor yang telah tamat tempoh. Bukan berkenaan Lesen Memandu.
    Mohon pencerahan dari Tuan

    Like

    1. I see.. salah faham, ingat lesen memandu tadi. Kalau kesalahan roadtax/lesen kenderaan memang pemandu dan owner sepatutnya kena. Ini pegawai jpj sendiri yang maklumkan. Berkaitan kes tuan ni agak unik, tapi tak mustahil.

      Bagi NM, selagi nama tuan tak ada dalam sistem JPJ atas kesalahan tersebut, tuan boleh abaikan dan teruskan hidup seperti biasa.

      Sekali lagi NM tegaskan, NM hanya beri pendapat berdasarkan pengalaman NM sendiri. Untuk kepastian boleh semak dengan jabatan yang berkaitan.

      Like

      1. Terima Kasih Tuan NM. Cuma untuk soalan ini

        Kawan saya sudah bertanya di kaunter JPJ berkenaan Saman Roadtax mati tersebut. Kaunter JPJ tu maklum minimum RM1500 dan maksimum RM3000. KENDERAAN ADALAH KERETA. Saman ROADTAX MATI tu pada Ogos 2019. Betul ke julat bayaran denda sebanyak tu? sebab dari malumat/pengalaman yang Tuan NM kongsi kan dalam artikel penulisan di atas nilai bayaran jauh lebih rendah. Musykil pula jawapan oleh kakitangan JPJ di kaunter tu.

        Mohon kongsi jawapan/ilmu/pengalaman yg Tuan NM tahu. Terima Kasih Tuan NM

        Like

      2. Uish.. sepanjang dua kali masuk mahkamah atas kesalahan roadtax mati, tak pernah lagi tuan majestret tu kenakan denda sampai rm1500 bagi pemandu kereta.

        Tapi, itu tahun 2019 lah, tak pasti peraturan baru atau denda baru dikuatkuasakan lepas dari tu.

        Like

  5. Assalam NM, saya nak bertanya saya ada terkena saman JPJ ke atas motorsikal saya. Saman yang dikeluarkan ialah Roadtax tamat tempoh dan Tidak mempunyai insuran. Sudah pastinya saya akan naik ke makhamah. Bolehkah saya bertanya berapakah harga maksimum untuk saman ini kerana saya perlu menyediakan bajet huhu.

    Like

    1. Kalau kesalahan motor.. kebiasaanya 1 kesalahan rm150 ke rm300. Tapi kalau pandai ngayat tn majestret, dapatlah rm100… apa apa pun standby je lebih sikit. Dalam 1k. NM dua kali, first time kena rm200 utk satu kesalahan, so js rm400, kali ke dua NM kena rm100 dan rm150..

      Like

  6. Assalamualaikum Tuan NM. Kawan saya baru sahaja naik ke Mahkamah awal bulan September berkenaan Saman Roadtax mati sahaja (kereta). Dikenakan denda RM400. Selalunya kena denda maksimum RM850. Sekadar berkongsi maklumat.

    Like

    1. Terima kasih byk2 atas perkongsian tuan, ya tuan. Saman bg kesalahan kereta memang lebih tinggi berbanding motor, lori pulak lagi tinggi dari kereta. NM kena motor rm250, 2nd time kereta rm350 (majistret baik hati). Itu yg NM perhatikan pada setiap keputusan majistret. Apa apa pun tahniah kepada kawan tuan kerana telah menjadi warga pesalah yang bertanggungjawab. Hehe.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: