Blog GayaHidup Keluarga Politik

Proses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati

Pengalaman kena naik mahkamah atas kesalahan Cukai Jalan(roadtax) mati dan juga ketiadaan insurans bagi sesebuah kenderaan merupakan perkara yang biasa berlaku.

Ada kalanya pemilik kenderaan leka dan terlupa dek kerana kesibukan urusan harian. Ada juga sesetengah individu tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans oleh kerana kekangan kewangan tetapi perlu untuk menggunakan kenderaan tersebut untuk urusan harian.

Pelbagai alasan dan musabab yang menyebabkan roadtax dan insurans tidak diperbaharui oleh pemilik kenderaan. Tetapi di sini NM nak berkongsi cara dan susun alur jika anda disaman oleh JPJ atas kesalahan Roadtax tamat tempoh.

Secara automatisnya jika anda didapati membawa kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan oleh abang JPJ, anda juga turut akan dikehendaki ke mahkamah pada tarikh tertentu yang ditetapkan. Walaupun jika roadtax anda tamat tempoh selepas satu hari sahaja! JPJ ada beritahu bahawa ianya adalah suatu kesalahan jenayah jalanraya.

Berbalik kepada apa yang perlu anda lakukan adalah, pertama apabila anda perlu menerima surat saman dari JPJ dan akan diminta menandatangani surat saman tersebut. Pemilik juga akan menerima surat saman yang akan dihantar ke rumah jika pemandu adalah individu yang berlainan.

Katakanlah anda diminta ke Mahkamah majistret bahagian trafik pada 1Jan2020 pada jam 8 pagi, perlu diingat kebiasaanya persidangan akan bermula pada jam 9 pagi. Tiba di mahkamah, anda kena mendaftar di kaunter pendaftaran, anda akan diminta menyerahkan kad pengenalan dan surat saman yang diberi pada anda. Jika anda mewakili pemilik (pemilik tak dapat hadir atau malas hadir), anda perlu untuk memberitahu anda akan menjadi wakil bagi pemilik tersebut. Ya anda boleh mewakili pemilik mengikut pengalaman NM sebelum ini dan juga makluman dari pegawai di mahkamah tersebut.

Semasa persidangan, akan ramai lah pesalah-pesalah trafik yang akan berada di ruang kamar perbicaraan tu untuk menunggu giliran. Tunggu sehingga nama anda dipanggil.

Denda yang akan dikenakan. Bagi kesalahan tiada/tamat lesen memandu, minimum RM300 tanpa kompromi.

Untuk kesalahan roadtax dan insurans mati pula biasanya untuk motor dalam rm100 ke rm200 mengikut budi bicara tuan majistret. Jadi kalau dua kesalahan tu dalam RM 300 juga lah. Cuma kalau kereta biasanya RM150 dan RM200. Pandai-pandailah beri sebab dan alasan, tapi NM harap jangan menipu. Dosa.

Dah dapat tahu denda yang telah ditetapkan oleh tuan majistret, anda akan diminta untuk membuat pembayaran, kalau tak bayar kena masuk penjara selama 3 hari.

Pegawai di kaunter pembayaran akan panggil nama mengikut giliran untuk membuat pembayaran. Di mahkamah Seremban 2, kaunter pembayaran tidak akan menerima bayaran secara cash, anda perlu memasukkan ke dalam CDM mesin yang disediakan di perkarangan mahkamah tersebut. Anda juga boleh memilih untuk membuat pembayaran melalui debit kad. Lebih mudah dan cepat. Tiada caj tambahan pun. NM prefer yang ini.

Dah selesai buat bayaran pastikan anda menerima resit dari kaunter tersebut. Selesai! Tahniah kerana anda telah menjadi pesalah trafik yang bertanggungjawab.

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: