Jahhet Fine Meat Bangi (Western Food)

October 27, 2019 By:

Menikmati hidangan steak (western food) yang lazat merupakan suatu nikmat yang pasti diidamkan. Kalau di Bangi, NM suggest satu kedai dinamakan Jahhet Fine Meat, yang terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Belakang Bangi Gateway.

Yang pasti, daging dan makanan yang terdapat di sini adalah halal. Wagyu merupakan daging yang boleh didapati di kedai ini. Daging-daging ini akan dipamerkan di dalam freezer berkaca bagi membolehkan pengunjung memilih daging yang berkenan di hati. Pelbagai saiz dan jenis boleh dipilih ya.

Jahhet memang terkenal di Bangi dengan produk Western Food dia. Period!

Untuk kunjungan NM kali ke-3 ini, Nm telah memilih 4 jenis hidangan. Medium Ribeye Angus RM63, Kids Carbonara Pasta RM8.90, Curly Fries, dan Mushroom Soup+Garlicbread RM10. Air layan diri, NM ambil Cappuchino, Tea Lemon, Sarsi dan Fruit Mix. Opss, air dicaj rm2.90 ya, boleh refill. Total semua RM97.

Masa menunggu pun tak sampai 15minit, hidangan dah sampai ke meja makan. Terkejut juga pada kepantasannya.

NM tepek la sikit gambar untuk tatapan.

Angus Medium Ribeye (w/ 2 Side dishes)

Mushroom soup + Garlic Bread
Curly Fries

Carbonara pasta tak terambil gambar. Komen NM, rasa memang ON. Makan pun happy walaupun setiap kunyahan menipiskan poket. Tapi itu salah satu treat untuk diri sendiri juga.

Jadi NM sangatlah rekomen Jahhet Fine Meat ni jika anda terasa nak telan Western Food pada hari itu di Bangi. Selamat mencoba.

P/S : Wagyu still win dari segi rasa dan tekstur berbanding Angus. Tapi Angus still boek.

Antara restoran western yang recommended bagi NM di Area Bangi juga adalah Tuah Cafe dan Denali & Pinnacle. Dua-dua ni memang antara Fav NM di Bangi untuk menu western. Kalau dulu ada Austin di Seksyen 8 Bangi. Itu pun dulu top port juga tu.

Leave a Reply