GayaHidup Keluarga

Joker 2019 – Movie Review peribadi [Spoiler Alert]

Untuk akhirnya NM berjaya juga menonton salah sebuah filem yang hangat diperkatakan dengan ungkapan tagline, “orang jahat lahir dari orang baik yang terluka” setelah beberapa minggu di pawagam. Tersebar luas di media-media sosial tak kiralah di mana-mana Facebook, Instagram, whatsapp dan juga Twitter. Walaupun takda pun line tu dalam filem ni (atapun ada tapi NM yang tak perasan)

Joaquin Pheonix Joker

Untuk artikel kali ini NM ingin membuat short review tentang filem Joker ini berdasarkan pandangan peribadi.

Permulaannya mengisarkan tentang seorang individu yang bernama Arthur Fleck (lakonan JoaquinPheonix) mempunyai kerjaya sebagai badut. Impian sebenar Arthur adalah untuk menjadi seorang stand up comedy yang terkenal. Dia mengidolakan seorang pelawak terkenal bernama Murray.

Artur yang hidup dengan Ibunya di sebuah apartment usang yang juga mempunyai masalah kesihatan di mana apabila beliau mengalami tekanan beliau akan ketawa terbahak-bahak dengan sendirinya.

Sejak babak pertama lagi telah menceritakan kehidupannya yang sering diperlekehkan dan dibuli sehinggalah sampai ke satu plot menyebabkan beliau akhirnya rasa ENOUGH IS ENOUGH!.

Berlakulah beberapa siri pembunuhan, dan beliau sedikitpun tidak merasakan kekesalan dalam diri. Malah dia menikmati dengan perasaan bangga. Psiko bukan??

The rest u olls kena tonton sendiri bagi yang belum menontonnya. Bagi NM, lakonan Pheonix amat mantap dan terkesan terutama dari Gelak sang Joker yang dalam ‘kesakitan” dapat dirasai di sanubari. Suatu tahap lakonan yang hebat di antara joker-joker yang pernah dityangkan di kaca tv (mohon jangan mention Jared Leto joker dalam suicide squad, ada kena baling tv ni karang).

Dari segi plot juga agak cliche tapi penyampaian setiap babak itu sangat teruja dan mendebarkan. Kita boleh rasai setiap maksud yang cuba disampaikan oleh filem ini. Tak terlalu laju, dan tak terlalu meleret leret. Its a masterpiece from WarnerBros.

Untuk filem ini, tidak digalakkan untuk ditonton oleh golongan bawah 18 tahun. Bimbang terpengaruh.

Buat mereka yang di luar sana, “Lets Put On Happy Face” Ha Ha HA haaa Ha Haha..

I thought my life was a tragedy, but then I learned it was a comedy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: