GayaHidup Keluarga Makan-Makan

Proses imigresen di Tak Bai dan pengkalan kubur berserta dengan tips ringkas

Kali ni kita akan menceritakan proses bagi mereka yang ingin menggunakan laluan keluar masuk sempadan di Pengkalan Kubur dan Tak bai.

Di sini anda perlu menyeberang jalan menggunakan pengangkutan air seperti feri (untuk kenderaan) dan bot.

Perlu diingatkan laluan ini mempunyai waktu tutup iaitu pada jam 6 petang(waktu thailand) atau 7 malam(waktu malaysia). Namun, dinasihatkan agar mengelakkan untuk melalui jalan ini pada saat saat akhir. Ini kerana pelbagai faktor luaran yang mungkin terjadi.

Tambang yang dikenakan adalah rm1.50 sehala. Boleh juga membayar menggunakan matawang baht iaitu 20baht sehala.

Jangka masa menunggu tak sampai 10 minit. Ini kerana tempoh perjalanan hanya mengambil masa sekitar 5 ke 7 minit dari jeti ke jeti.

Di imigresen Malaysia. Anda akan berurusan dengan kaunter imigiresen di lorong untuk laluan seorang. Ada dua kaunter. Tapi tidak terlalu ramai pada hari kebiasaan.

Anda perlu menyerahkan passport atau dokumen perjalanan anda di situ. Bebeza ketika di imigresen Tak Bai Thailand, anda perlu mendapatkan kad putih di kaunter. Di situ tidak disediakan pen untuk menulis. Disarankan untuk bawa sendiri pen. Kalau tak, pinjam orang sebelah. Psstt

Dah isi butiran dalam kad putih tu, serahkan bersama passport anda kepada pegawai imigresen Thailand tersebut. Nanti dia akan pulangkan semula passport anda bersama keratan putih tadi. JANGAN HILANGKAN, SEBAB ANDA PERLUKAN KERATAN ITU SEMASA KELUAR SEMULA NANTI.

Di luar imigresen(di pintu pagar) tu akan terdapat orang yang menawarkan servis tukar pitih/duit. Boleh lah tawar menawar di situ ya.

Kalau anda mahu menggunakan internet di Thailand, anda boleh beli di sekitar sempadan tersebut. Kebiasaan harga dalam 20Baht untuk satu simkad unlimited.

Itu sahaja tips dan panduan yang NM akan kongsi dalam artikel ini buat masa sekarang. Kalau NM ada info terbaru lagi, NM akan update lagi ya. Terima kasih pada yang membaca. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: