GayaHidup Keluarga Kesihatan

Coronavirus dan Covid-19 cara pencegahan yang mungkin berkesan

Virus coronavirus atau dikenali sebagai covid-19 menjadi perbualan orang ramai. Sehingga kini ia menyebabkan ribuan kematian di seluruh dunia. Pakar masih lagi belum menemui vaksin ataupun penawar bagi virus yang tersebar semenjak awal tahun 2020 ini.

Namun tahukah anda apakah itu covid-19? Adakah ia benar-benar berbahaya? Mungkinkah ada cara-cara dan kaedah pencegahan yang boleh kita amalkan? Jom kita teruskan bacaan.

Virus corona ini merupakan virus yang terdapat pada haiwan-haiwan di dunia ini. Pernah suatu ketika dahulu NM dimaklumkan salah seorang peserta di dalam program teambuilding mengalami keracunan. Dan terdapat elemen virus corona pada tubuh badannya. NM membuat sedikit kajian tentang corona, dan agak mengejutkan ia juga terdapat pada haiwan LAUT! Cuma pada waktu tersebut, ia tidak kritikal dan tersebar.

Cara penyebaran :

  1. Melalui udara seperti bersin dan batuk
  2. Melalui sentuhan seperti bersalaman dan sentuhan kulit ke kulit
  3. Sentuhan pada permukaan yang ada virus padanya. NM ada terbaca tentang kemampuan virus itu aktif, 12jam pada permukaan besi, dan 7jam pada fabrik.(apa-apa pun dapatkan dari pakar tentang kesahihan, jangan mudah percaya dan ambil mudah)

Terdapat juga simptom seperti

  • Selsema
  • Pening kepala
  • Batuk
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Lesu

Cara mencegah :

  • Kerap membasuh tangan dengan SABUN DAN AIR.
  • Menggunakan sanitizer
  • Memakai topeng muka bagi mereka yang perlu berada di khayalak ramai dan juga mereka yang mempunyai simptom simtom di atas.
  • Elakkan memegang mulut, mata atau hidung menggunakan tangan yang tidak berbasuh terlebih dahulu
  • Elakkan ke NEGARA-NEGARA yang mempunyai kes covid-19 yang tinggi.

Akhir kata, NM harap kita semua dapat mengharungi salah satu serangan wabak yang merebak dengan pantas dan boleh membawa kepada kematian. NM juga berharap agar kita cakna dan mengambil berat akan kesihatan. Jika terdapat gejala dan simptom seperti di atas, NM sarankan agar terus mendapatkan khidmat nasihat dari doktor. Usah takut dikuarentin, takutlah jika menjangkiti orang yang kita kasih

Sama-sama kita akan harungi.

Hotline Coronavirus : 03-88810200 atau 03-8881900 atau 03-88710700

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: