Fatwa GayaHidup Keluarga Sirah

Hari Ibu dan kisah disebaliknya

Setiap tahun wanita yang bergelar ibu akan mempunyai hari istimewa yang digelar Hari Ibu.

Tahukah anda Hari Ibu mempunyai tarikh yang berbeza? Berikut adalah jumlah negara-negara yang menyambut Hari Ibu pada tarikh yang berbeza :

Ahad, 10 Mei 2020 – 48 negara, 31 May 2020 – 4 negara

Ahad, 3 Mei 2020 – 4 negara

Ahad, 8 Mac 2020 – 3 negara

Rabu, 27 Mei 2020 – Bolivia

Senarai aktiviti yang biasa dilakukan pada Hari Ibu:

  • Beri kad, bunga dan kek.
  • Berkumpul bersama keluarga.
  • Makan-makan(open table).
  • Video call atau call buat mereka yang jauh di perantauan.
  • Whatsapp ucapan.
  • Hadiah.
  • Tonton wayang.

Sejarah hari ibu ini kalau nak tahu adalah berasal dari sambutan Tuhan Greek iaitu Rhea. Siapa ni Rhea sebenarnya? Mengikut mitos Greek Rhea merupakan ibu kepada Tuhan-tuhan Olympus, iaitu Zeus, Poseidon, Hera, dan Hades. Dia juga merupakan isteri kepada Kronos (bos Titan).

Kisah mitos Greek ini amat menarik. Antara game terkenal yang mempunyai sentuhan tuhan Greek ini adalah Age Of Mithology dan God of Wars.

Manakala filem yang famous bagi penceritaan tuhan Greek adalah Wrath of Titan dan Clash of Titan.

Berbalik pada sejarah Hari Ibu ini, sebenarnya di setiap benua dan agama juga mempunyai kisah-kisah yang berlainan. Contohnya buat yunani ia berkaitan dengan Cybele, Rom Dewi Juno, Kristian kepada mother of Mary. Lain tempat lain kisahnya.

Haram

Bagi umat Islam, terdapat dua Hukum masyhur dalam menyambut Hari Ibu ini (sumber :syafiqqolbu.wordpress)

Para ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan ‘Hari Ibu’ ini. Sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’ sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya itikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.

Harus

Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.

Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.

Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.

Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.”

Pendapat NM, hari-hari pun hari ibu. Sebab Ibu sentiasa istimewa buat anak-anak. Sentiasa berbakti dan menggembirakan hati ibu adalah kemestian buat seseorang yang bergelar anak. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: