GayaHidup Makan-Makan

Kopi Wonda booster 2x ganda rasa kopi.

Jarang NM nak buat review tentang produk. Tapi kali ni NM tergerak hati nak buat sedikit review tentang satu produk Wonda yang dihasilkan kira-kira akhir tahun 2019. Jenama Wonda yang bermottokan “seperti baru dibru” telah mengeluarkan produk barunya yang dinamakan Booster.

Credit gambar : minimeme.com

NM memang hantu kopi ni. Kalau boleh semua kopi NM nak rasa. Dulu jenama nescafe adalah brand yang paling terkenal, tapi kini minuman kopi dalam tin NM rasa Wonda kekal mengungguli dari segi rasanya. Nescafe beberapa kali cuba untuk menyaingi Wonda dengan “update” rasa terbaru dia, tapi still tak mampu nak menyaingi rasa Wonda ni. Jenama lain kopi yang boleh kita dapati di Malaysia adalah Pokka, erm.. Malas komen tentang kopi jenama ni, sebab banyak lagi perlu diperbaiki, cuma bagi NM Green Tea Jasmine Pokka ni paling the best.

Eh, dah jauh menyimpang. Back to the point, Booster ni dikeluarkan dalam 2 jenis, iaitu kopi susu dan black coffee. Kedua-duanya NM dah rasa.

Untuk kopi susu, rasanya memang di extra kan, rasa kopi dia lebih melekat dan kuat. Aroma dia pun lebih kuat berbanding Kopi susu wonda biasa dan juga kopi espresso Wonda. Cuma bau dia tidak seperti bau kopi biasa. NM lebih suka bau kopi yang terdapat di starbuck. Lebih menyenangkan. Apa-pun dari segi effect hilang mengantuk, NM kasi 5 bintang. Memang berkesan.

Yang ke-dua adalah Kopi O atau Black Coffee. Jenis yang ini memang tak ada susu, tapi ada rasa gula agak kuat juga. Pertama kali NM hirup, pergh! Dia punya rasa, orang biasa yang tak berapa minat kopi jenis kosong ni memang takkan boleh go. So pada yamg berkenaan, jangan beli sebab NM rasa akan berakhir dengan pembaziran. Agak keras, lebih keras dari kopi susu booster, rasa dia memang gangster habis. Pahit dia memang boleh menyegarkan mata. Letak di lidah saja dah rasa sengatan tu. NM perlukan masa juga untuk habkskan satu tin. Tapi NM suka(hantu kopi la katakan).

Secara kesimpulannya, kopi booster ni boleh didapati pada harga yang lebih mahal. Tetapi disajikan dengan rasa kopi yang berganda. Dan ia sangat membantu buat mereka yang mengantuk, mahu stay up dan yang mahu buat tahajud tanpa tersengguk-sengguk.

Di petronas seksyen 15 Bangi, kopi booster ni tak diletakkan di bahagian kopi-kopi yang lain. Jenama ini diletakkan di bahagian ENERGY DRINK!. Kannn…

Okay itu sahaja dari NM, buat tokey kopi Wonda kalau terbaca ni. Hulur-hulur la sikit… 🤣 tak ada lah, NM buat ni secara ikhlas, semoga rezeki kita semua terus bertambah dan dapat menghasilkan produk produk yang lebih berkualiti. Teruskan menyebar manfaat. NM out.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: