GayaHidup Keluarga Makan-Makan

Warung Acu Teray Kelantan vs Warung Pok Nong?

Santai Bersama kawan-kawan di acu teray

Khas buat peminat gorengan celup tepung seperti sotong, ikan, udang dan keropok lekor. Di Kelantan, NM berkesempatan untuk singgah di sebuah warung bagi menikmati sajian celup tepung goreng ini bersama rakan-rakan. Warung ini dikenali sebagai Warung Acu Teray, atau translatenya Warung Cuba Try.

Bertempat di kawasan muara yang telah ditambak tinggi dengan batuan akibat hakisan dan paras air yang telah meningkat, penduduk di kawasan itu juga memaklumkan bahawa apabila musim bah besar, kedai tersebut tetpaksa menutup operasi. Ini kerana ombak yang terhasil melepasi tembok tersebut dan agak membimbangkan. Begitulah nasib kisah sebuah warung di tepi muara.

Keadaan di atas batu tembok setinggi 2 meter

Cara nak ambil order, pelayan akan berikan anda sehelai kertas dan pensil. Kemudian anda perlu isikan kertas tersebut pada kotak-kotak yang telah disediakan.

Dalam tu ada senarai menu berikut

  • Sotong celup tepung (rm10)
  • Ikan celup tepung (rm10)
  • Udang celup tepung (rm10)
  • Keropok lekor
  • Air buah
  • Air kelapa dan coconut shake
  • Dan lain-lain,NM tak ingat semua.

Kesemua menu di atas memang superb. Cuma sotongnya bukan seperti di Warung Pok Nong Terengganu. Ia lebih dihidangkan dalam size sotong yang lebih kecil dan tak perlu potong sendiri. Di Pok Nong di tambah kesoronokan apabila NM sendiri dapat potong sotong-sotong tersebut. Panas-panas, NM suka. Lain tempat lain cara. Seronok bila kita dapat lepak-lepak tepi laut dengan anginnya yang mendamaikan bersama rakan-rakan sambil menikmati santapan ringan seperti ini.

Jarak antara warung ini dan Lapangan Terbang Kota Bharu dalam 15 minit perjalanan. Bergantung pada trafik semasa. Jadi perlu pandai bahagi masa agar tak terlepas flight masing-masing.

Itu sahaja perkongsian NM tentang sebuah warung di muara kelantan diberi nama Acu Teray. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: