GayaHidup Keluarga Kesihatan

Slip Disc. Aduh… Peritnya.

sumber rujukan : healthline.com

Apakah itu Slip Disc?

Bagi seorang pesakit yang mempunyai masalah slip disc pastinya sukar untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Slip Disc pastinya menganggu aktiviti seharian seperti berjalan, angkat barang, atau pun bersukan. Tulang belakang manusia dilengkapi oleh barisan tulang-tulang kecil (vertebrae) yang tersusun di antara satu sama lain. Terdapat TUJUH tulang di cervical spine, dan diikuti dengan DUA BELAS thoracic spine, kemudian LIMA di bahagian lumbar spine, dan diakhiri dengan sacrum dan coccyx di bahagian paling terbawah. Di antara tulang-tulang itu dialasi dengan tulang disc. Disc ini berfungsi untuk menyerap hentakan semasa aktiviti-aktiviti harian dilakukan.

Contoh slip disc sihat vs tak sihat (sumber gambar : https://physiomobile.my)

Setiap disc ini ada dua bahagian pula : satu adalah bagian lembik di bahagian dalam, manakala satu lagi bahagian yang lebih keras di lingkaran luar. Kecederaan pada bahagian inilah yang menyebabkan rasa sakit yang amat. Kalau lihat gambar di atas, ia adalah contoh di mana slip disc berlaku. Dalam sesetengah situasi, ia memerlukan pembedahan bagi membaik pulih atau membuang terus disc tersebut.

Simptom-simptom Slip Disc :

  • kesakitan dan rasa kebas, kebiasaanya di satu bahagian badan.
  • kesakitan juga pada tangan dan lengan
  • kesakitan yang bertambah pada waktu malam atau ketika melakukan pergerakan tertentu
  • kesakitan yang berlebihan ketika berdiri atau duduk
  • rasa sakit bila berjalan
  • rasa otot yang tidak bermaya
  • rasa semut-semut, geli dan perih di kawasan yang terkesan

PUNCA ANDA TERKENA SLIP DISC

Jika berlaku kerosakan pada bahagian luar (yang keras), atau bahagian luar tersebut menjadi lemah, itu yang menyebabkan slip disc berlaku. Slip disc ini tidak mengenal usia, ia boleh berlaku pada bila-bila usia. Pergerakan kecil juga turut boleh menyebabkan berlakunya slip disc ini. Ya, pegerakan kecil seperti berpaling juga mampu menyebabkan slip disc terjadi. Ini disaksikan oleh NM sendiri kepada rakan sekerja NM. Dia sedang duduk dan menunduk untuk mengambil pen terjatuh. Terus out. Jadi jangan ingat pergerakan kecil seperti itu tidak mampu menyebabkan anda terkena slip disc. Cuma jangan panik, ya dari raut wajahnya menahan kesakitan memang boleh nampak. Tenang.. dan ambil langkah-langkah seterusnya. Kerja-kerja yang memerlukan mengangkat barang-barang yang berat juga mempunyai risiko besar untuk terkena slip disc ini. Kerja-kerja ini memberi tekanan kepada tulang belakang anda untuk bekerja.

Orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena slip disc ini. Otot yang lemah disebabkan gaya hidup yang kyrang sihat juga penyumbang kepada masalah slip disc ini.

Usia juga memainkan peranan, tapi ia juga bergantung. Ketika meningkat usia, cairan yang terkandung dalam disc juga mulai berkurangan. Kesannya pergeseran lebih mudah berlaku. Tidak kira sama ada jantinanya lelaki atau perempuan. Sama sahaja.

Cara pengesanan :

Pengubatan slip disc

Penyembuhan slip disc tidak semestinya melalui pembedahan. Jika ia tidak terlalu serius, penyembuhan dapat dilakukan dengan menyertai program senaman regangan dan pengukuhan bahagian belakang dan sekitar otot-ototnya. Dapatkan khidmat doktor/pakar tentang senaman yang bersesuaian untuk menguatkan kekuatan tulang belakang anda agar dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

Mengambil pil tahan sakit dan juga elakkan dari kerja-kerja mengangkat barangan berat juga dapat membantu.

Lakukan juga aktiviti-aktiviti ringan seperti berjalan di taman-taman dan kawasan yang permukaannya landai untuk 10-15minit setiap hari.

Jika langkah-langkah di atas tidak dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami, sila dapatkan khidmat pakar untuk langkah-langkah seterusnya. Kemungkinan anda memerlukan pembedahan sebagai jalan terakhir. Rakan setugsa NM yang kena tu sangat bertuah kerana sehingga kini dia tidak memerlukan pembedahan sebagai penyelesaian.

Is it possible to prevent a slipped disc?

Secara jujurnya, NM tidak lagi mempunyai cara yang dapat mengelakkan dari berlakunya slip disc. Tetapi NM mendapat info cara untuk mengurankan risiko untuk terkena slip disc ini. Antaranya ialah :

  • Menggunakan teknik yang tepat dalam mengangkat barang. Menggunakan lutut ketika mengangkat barang, bukan pinggang.
  • Mengekalkan berat ideal.
  • Jangan duduk terlalu lama. Sentiasa bangun atau strecth pada satu-satu masa.
  • Lakukan senaman bagi menguatkan bahagian belakang, kaki dan abdomen.
cara angkat barng yang betul

Itu sahaja NM nak kongsikan buat artikel kali ini. Semoga bermanfaat! share jika anda rasa ianya bermanfaat. Komen atau email NM untuk sebarang cadangan dan persoalan. Terima kasih !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: