GayaHidup Teknologi

Samsung Galaxy A51, sebuah lower mid range phone keluaran Samsung dengan Quad Camera

Awesome Screen, Awesome Camera, Long Lasting Battery Life

Dengan menggunakan claim di atas, Samsung Galaxy A51 menjanjikan 3 perkara yang awesome. Ini adalah berdasarkan pengalaman NM menggunakan Samsung Galaxy A51 menggantikan V9 vivo. Dan tiada NM cuba untuk tidak bias untuk mana-mana brand. Secara telus untuk pertimbangan anda.

Kalau nak beli boleh ke Lazada,my. Tak pun mana-mana kedai berhampiran.

Sebelum tu NM nak kongsi spesifikasi fon keluaran akhir tahun 2019 ini. Dengan paparan screen super AMOLED bersaiz 6.5″ (2400×1080), yang mana saiz tak besar sangat, dan tak juga kecil. Dia lebih pada sederhana besar bagi NM untuk sesebuah fon. Ratio dia pula mempunyai nisbah 20:9. Hmm…NM kurang gemar apabila tonton Youtube, dia akan ada bahagian lebihan hitam pada tepi. Ada orang cadang NM pinch out je untuk zoom. Tapi bahagian atas pula yang terpotong. Kalau ada cara untuk masalah NM ni PM tepi ya.

A51 credit image : technoor.ae

Apa yang NM suka tentang skrin ni adalah A51 didatangi dengan notch setoik(bulat kecil bahagian atas). Yang mana dia hampir memaksimukan paparan skrin yang dia ada. Cuma, kamera doa agak terjojol bagi NM pada permukaan.

A51 ni juga ada kelengkapan finger print in-display. Ini adalah features yang trending dan diperlukan buat mereka yang malas nak tapi. Hanya perlu tekap jari dan dah boleh pakai. Ada 3 set fingerprint yang boleh disetup. Boleh lah korang nak tekap jari korang pelbagai cara. Tetapi, NM kurang berpuas hati, jauh sekali membenci, untuk unlock guna fingerprint ni dia semacam ada delay sikit untuk unlock masa jari di scan. NM taķ pasti adakah ia disengajakan atau memang handphone ni di nerf kan. Berbanding Vivo V9 semestinya laju gila scan fingerprint dia proses untuk unlock. Tak sempat NM nak kelip mata dia dah unlock.

Kotak A51 yang NM dapat dari Senheng

Design dia pula tak ada lah curve sangat, tapi curve tu ada kalau diperhati betul-betul pada bahagian tepi skrin. Warna pula setakat ni samsung keluarkan 4 warna iaitu white/black/blue/pink. NM pilih yang white. Apa yang best bahagian belakang dia ada design prism yang berkilauan bila terkena cahaya yang cukup. NM suka.

Skrin pula dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu gorilla glasa 3, memang awesome. So far bagi NM, secara jujurnya claim untuk awesome skrin NM sangat bersetuju. Dengan spesifikasi-spesifikasi di atas, memang layak samsung claim macam tu. Kemenangan kebenaran buat yang pertama.

Baik kita beralih kepada claim samsung yang ke-dua iaitu awesome camera. Jap NM nak hirup kopi dolgano dulu sebelum menaip seterusnya(acah2).

Pertama sekali A51 dilengkapi dengan kamera 48mp untuk kamera di bahagian belakangnya. Apa yang menarik ia didatangi dengan 4 lensa di bahagian belakangnya. Design kamera dia berbentuk “L”. Kalau ikut turutan dari atas ke bawah wide/ultrawide/macro/depth. Jadi untuk 48MP punya kamera memang tak boleh disangkal lagi kehebatannya. NM tunjuk terus lah contoh-contoh yang diambil menggunakan kamera A51 ni.

Shot biasa
Jahhet lagi boss
Bokeh, abaikan kaki abang

Ia juga dilengkapi dengan Night Mode, NM jarang guna secara jujurnya. Yang lain-lain macam fungsi bokeh, panorama, hypertime, slowmo,ultraslowmo, potrait… pun ada.

Kamera belakang juga boleh zoom. Tak sejauh s20, tapi menarik juga untuk intai jiran tengah masak apa tu..

Kamera depan pun tak kurang hebat dengan kelengkapan 32MP. Sesuai lah untuk warga kaki selfie ni.

Video pun NM sangat berpuas hati dengan kualiti FHD. Internal 128GB ni besar, cukup untuk tampung saiz rakaman pada satu masa. Video juga dilengkapi dengan Stabilizer, dan Super Stabilizer. Kalau rakam tu tak nampak la gegornya yop bak kata orang Perak.

Dengan kehadiran fungsi-fungsi di atas pada zaman awal 2020 ni, NM boleh berani kata untuk claim awesome camera, KITA PEROLEH KEMENANGAN KEBENARAN YANG KEDUA!

Claim yang terakhir long lasting battery life. NM tak akan judge mengikut spesifikasi atas kertas, ya memang atas kertas ada tulis kapasiti non removable baterinya 4000mah. Betulkah?

NM dah guna selama lebih seminggu, boleh kata bateri dia kalau 100٪ waktu bangun pagi, dengan penggunaan yang sederhana sepanjang hari seperti whatsapp, facebook, google search dan sedikit penggunaan kamera. Waktu petang masih ada dalam 40%. Ada pula fungsi fast charging menggunakan cable jenis type-c 15mw, dalam tempoh sejam setengah dah full charged semula.

NM putuskan, KITA MEMPEROLEH KEMENANGAN KEBENARAN YANG KE-TIGA.

So 3 claim dari samsung ni NM boleh simpulkan

  • Awesome skrin (Legit)
  • Awesome Camera (Legit untuk midrange)
  • Long lasting life battery (Legit)

Lain-lain spesifikasi penting yang boleh dititikberat adalah :

  1. Ram 6gb, internal storage 128gb, boleh tambah external storage
  2. Chipset Exynos 9611
  3. Octa-core cpu
  4. Support android 10 dengan One UI(agak bosan sikit One UI ni bagi NM)
  5. FM radio
  6. 3.5mm audio jack

Jadi macam mana, itu sahaja dari NM untuk kali ini. Perkongsian secara jujur. Kalau ada sebarang cadangan atau pendapat boleh comment di bawah atau terus email pada NM, NM nak ucap terima kasih pada yang membaca. Semoga memberi manfaat.

Kalau nak beli boleh ke Lazada,my. Tak pun mana-mana kedai berhampiran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: