GayaHidup Keluarga Politik

Bantuan Kerajaan kepada Syarikat SME dan Micro yang boleh digunakan dalam mengharungi Covid-19

Seluruh dunia mengalami kejutan tanpa diduga dengan kehadiran sekecil-kecil virus yang dinamakan Covid-19. Seperti yang kita tahu, ia ditemui pada kes awalan di Daerah Wuhan, China. Pada mulanya ia tidak begitu serius, sehinggalah satu tahap, wabak ini tidak mampu dibendung lagi.

Ia tidak berakhir di Wuhan, kemudian ia terus merebak ke serata dunia. Kini dunia sedang mengalami proses shut down. Banyak negara yang terlibat dengan kes ini terpaksa mengambil langkah drastik untuk Darurat, Lockdown, dan Partial Lockdown. Malaysia juga tidak terkecuali apabila ia mengumumkan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 lalu yang pada mulanya hanya untuk 14 hari. Kemudian ia dianjakkan sehingga 14 April 2020.

Apakah kesannya?

NM lihat, banyak majikan yang telah mengambil tindakan crucial, antaranya memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja-pekerja, memberhentikan pekerja, mengecilkan kos dengan pelbagai cara. Kebimbangan ini menyebabkan kerajaan telah mengumumkan bantuan Rangsangan Ekonomi sebanyak 2 kali sehingga hari ini. Bantuan yang diberikan banyak, namun NM akan berkongsi sedikit pengetahuan NM tentang salah satu bantuan yang majikan boleh gunakan ketika keadaan yang seperti ini, iaitu Loan Facilities.

Mengikut data, kategori-kategori industri yang terkesan boleh dilihat pada jadual di bawah :

Jadual impact covid kepada industri dari Moody’s.

Anda termasuk antara kategori merah di atas? Teruskan bacaan jika anda ingin mengetahui peluang yang sedang terbuka untuk anda.

Cetakan Bank Negara Malaysia kepada Pengusaha SME atau Kecil dan Sederhana

Di bawah 5 kategori di atas, anda boleh memilih kemudahan kewangan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia. Kemudahan khas yang diwujudkan ketika ini adalah Special Relief Facility (SRF) Covid-19. SRF memberi pinjaman sehingga RM 1 juta bagi setiap SME. Yang lagi best, tempoh 6 bulan pelepasan moratorium diberikan jika syarikat anda berjaya mendapatkan kelulusan pinjaman tersebut. Interest rate dia juga agak rendah iaitu hanya 3.5% per anum. Ini dapat memberi sinar kepada syarikat-syarikat yang pendapatannya terjejas seperti syarikat pelancongan.

NM juga berjaya mendapatkan feedback dari pegawai bank yang mengendalikan tentang dokumen yang diperlukan. Dokumen yang terlibat bagi permohonan tersebut hampir sama seperti memohon loan biasa.

  1. Audited Account (2016, 2017, 2018)
  2. Management Account 2019 bagi syarikat yang belum audit kewangan
  3. Salinan bank statement terkini sepanjan 6 bulan
  4. Projection Cash Flow
  5. Profil Syarikat

Apa-apa pun ini adalah dokumen awal sahaja, berdasarkan pengalaman NM, pihak bank akan meminta dokumen sokongan tambahan yang lain jika bahagian risiko merasakan perlu untuk dilampirkan bersama.

Tempoh pelepasan wang(disbursement) yang dimaklumkan kepada NM juga adalah agak pantas, iaitu dalam tempoh 2 minggu dari tarikh dokumen lengkap diserahkan. Semoga kemudahan yang diberikan oleh Pihak Bank Negara ini mampu memberi nafas lega kepada pengusaha syarikat SME ini.

Semoga bermanfaat. Jika anda rasa posting ini bermanfaat kepada anda, sila share kepada kenalan agar mereka juga dapat menerima manfaat yang sama. Bersama kita harungi cabaran ini dengan tabah dan bersyukur.

BSN Micro-i Kredit Prihatin

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: