GayaHidup

CIMB curi duit orang lagi guna Direct Debit?? Ni Kisah NM.

Sejak awal April 2020 ni tiba-tiba gempar seluruh Malaysia, yakni bank sotong warna merah mencuri duit pelanggan dengan bertopengkan menggunakan servis direct debit. Sebelum ni pun NM pernah bercerita tentang Penggodaman Bank pada kes viral OTP yang berlaku di media sosial.

NM dapat tahu pun selepas kecoh dalam group whatsapp. Agak terperanjat beruk lah bila NM cek, ada potongan yang tak familiar amountnya. Panik.

Dari semakan NM, ada dua transaction yang meragukan. Walaupun kedua-duanya tidak lah begitu banyak, tapi itu adalah hasil titik peluh NM, mana boleh senang-senang kaut. Siapa-siapa pun boleh mengamuk ini macam. Paling tidak minta lah kalau ye pun bank ni nak ambil. Itu getus hati NM lepas cek ya.

NM cuba hubungi pegawai bank, tetapi gagal.

NM dah pasrah, tapi tak lama lepas tu NM ada terlihat satu posting dari OhBulan di FB page nya. Anda boleh rujuk di LINK CIMB OHBULAN. NM dah ikut lah apa cara-cara nak tahu dari mana cimb tolak, namun nasib masih tidak menyebelahi NM, masih tak boleh nak jejak tujuan transaction tersebut.

NM teruskan membaca di ruangan komen post tersebut dan ada yang memberi cadangan untuk semak di Google Play.

Alhamdulillah, selepas NM semak di googleplay memang ada transaction yang berkaitan. Tapi, perlu sedia maklum, akan ada perbezaan antara transaction tersebut dari segi amount. Dan ia disebabkan oleh perbezaan currency pada waktu beli dan pada waktu caj ditolak.

Jadi untuk cek di googleplay, NM akan tunjuk langkah-langkahnya :

Transaction terlibat
1. Masuk googleplay, tekan atas belah kiri
2. Yang RM3.99 untuk 99star tu, NM ada beli untuk donate kawan streamer. Dalam akaun cimb dia caj rm4.03

Selesai sudah kerisauan NM akan tahap kredibiliti bank sotong merah ni. Jangan panik cek betul-betul dulu mungkin ada tertekan beli apa-apa ke kan. Harap dapat membantu. Share artikel ni jika anda rasa ianya bermanfaat.

ShoutOut to team Ohbulan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: