GayaHidup Keluarga

Memohon Subsidi majikan SME yang terkesan disebabkan oleh Covid-19

Ini merupakan berita baik buat sebahagian pemilik SME di Malaysia. Kenapa NM kata sebahagian? ini kerana ia bergantung kepada kemampuan cash flow syarikat terbabit juga.

Kerajaan telah mengumumkan satu Bantuan baru dalam bentuk subsidi upah kepada pemilik SME yang berjumlah seperti berikut :

  • Bawah 75 pekerja = RM 1,200 sebulan setiap pekerja
  • 76 orang sehingga 200 orang = RM 800 sebulan setiap pekerja
  • 201 orang ke atas = RM 600 sebulan setiap pekerja (max boleh tuntut hanya 200 orang)

Pengumuman terbaru ini sememangnya dapat memberi nafas lega kepada pemilik SME yang terlibat. Namun, untuk mendapatkan subsidi upah ini anda perlulah menyediakan dokumen seperti di bawah.

  1. Senarai nama pekerja yang mencarum. Download di link BORANG SENARAI. Anda memerlukan maklumat pekerja seperti nama penuh pekerja, no kad pengenalan, jawatan, pendidikan pekerja, dan juga gaji semasa.
  2. Akuan pengisytiharan PSU50. Borang ini adalah untuk pengisytiharan bahawa jualan syarikat berkurangan lebih 50%. Borang ini boleh di dapati di sini SURAT AKUAN PSU50.
  3. Borang Business Registration Number (BRN). Borang ini adalah untuk mengesahkan nombor akaun bank yang digunakan oleh syarikat bagi tujuan pembayaran.
  4. Salinan pendaftaran ROS / SSM / ROB atau lesen perniagaan.
  5. Jika anda mempunyai 75 orang pekerja ke atas, anda perlu juga menyediakan dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang disahkan oleh pihak pengurusan.

Perkara penting yang anda perlu pertimbangkan sebelum memohon subsidi :

  1. Anda akan menerima bantuan subsidi upah seperti di atas selama 3 bulan, tetapi, pekerja tersebut TIDAK BOLEH diberhentikan/potong gaji, selama 6 bulan bermula dari tarikh penerimaan subsidi tersebut.
  2. Subsidi hanya akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari selepas dari tarikh kelulusan diterima.
  3. Majikan dan Pekerja tersebut telah mencarum dengan PERKESO.
  4. Gaji bulanan pekerja tersebut di bawah RM4,000.
  5. Segala maklumat penting tentang FAQ boleh didapati di FAQ SUBSIDI UPAH
ERP Dan Subsidi Upah secara ringkas

Untuk pihak pengurusan, hendaklah digalakkan membuat keputusan dengan betul. Ia bukan sahaja dapat menjamin syarikat anda dapat terus beroperasi, malah dapat mengelakkan dari kehilangan pekerja-pekerja anda yang berkualiti.

Apa-apa pun semoga kita dapat menghadapi dugaan Covid-19 ini dengan berjaya. Mohon patuh pada arahan kerajaan dan pihak berkuasa yang bertungkus lumus memastikan gejala covid-19 ini tidak terus tersebar luas. Stay Safe.

Sebarang maklumat berkaitan COVID19 anda boleh dapatkan cara-cara pengcegahan melalui artikel COVID19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: