COVID 19 Ekonomi

Kaedah Mengira Kadar Diskaun dalam Bil TNB PRIHATIN

hello

Kalau sebelum ni NM pernah bercerita tentang cara mengekalkan Kadar KWSP Majikan 11% dan Bantuan kepada SME sempena COVID19, kini NM berhasrat untuk berkongsi satu lagi insiatif dari kerajaan dalam menghadapi isu ini.

Sebahagian dari usaha kerajaan dalam meringankan bebanan rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan bagi memutuskan rantaian COVID-19 dalam negara, satu inisiatif yang dipanggil Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah diumumukan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Muhyiddin Yassin bulan lepas.

TNB Prihatin

Sementara ia juga dikenali sebagai stimulus ekonomi, sebahagian dari inisatif yang terkandung mempunyai kesan kepada kehidupan harian sebagai Rakyat. Salah satu darinya adalah diskaun Bil TNB untuk 6 bulan bermula April.

Berikut adalah kadar diskaun kepada pengguna kediaman yang dibahagikan mengikut kadar penggunaan bulanan :

0 hingga 200kWh: diskaun 50%

201 hingga 300kWh: diskaun 25%

301 hingga 600kWh: diskaun 15%

Lebih dari 600kWh: diskaun 2%

Penetapan sebegini bertujuan untuk membantu dari segi kewangan kepada golongan B40. Pada bil April, akan terdapat satu notis “Diskaun Rangsangan Eknomi” dipaparkan di bahagian “keterangan”.

contoh bil elektrik dengan “diskaun rangsangan ekonomi”

Caj penggunaan akan berdasarkan pada kadar caj bulan sebelumnnya. Namun, usah rungsing, kerana selepas pada tempoh tamat PKP, kiraan sebenar akan dilakukan semula oleh pihak TNB.

Disebabkan oleh TNB tidak mampu untuk membuat pengiraan berdasarkan Meter di rumah anda oleh kerana pengekangan PKP, anda juga berkemungkinan tidak akan menerima bil dalam bentuk kertas seperti biasa. Oleh itu, bagi memantau penggunaan elektrik bulanan anda, anda boleh ke Portal myTNB atau MuatTurun aplikasi myTNB bagi mendapatkan bil secara digital.

Akhir kata, untuk mengetahui lebih lanjut tentang TNB Prihatin diskaun berkaitan bil elektrik, anda boleh layari tnb.com.my/prihatin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: