Uncategorized

Rayuan jika kena denda atau kompaun di Mahkamah Majistret

Sebelum ni NM pernah post tentang proses apabila anda disaman oleh jpj pada posting sebelum ini, Proses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati. Pada posting kali ini, NM akan berkongsi perkara yang sama, tetapi dalam bentuk lebih formal yang didapati dari FB :inforoadblockjpjpolis.

Panduan membuat rayuan ke atas denda @ kompaun di Mahkamah Majistret untuk kesalahan jalanraya.

Apabila ada sekatan lalu lintas dan kita melakukan kesalahan jalan raya seperti cukai jalan tamat tempoh, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan membuat pusingan U di kawasan yang dilarang , kita akan disaman oleh Polis Trafik ataupunpegawai JPJ.

Selepas kita menandatangani saman tersebut, kita dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret untuk dijatuhkan hukuman untuk kesalahan yang dilakukan.

Antara tip yang boleh saya berikan untuk andamembuat rayuan terhadap hukuman kesalahan adalah seperti berikut:-

1) Datang awal ke Mahkamah.

Pastikan anda hadir sekitar jam 8.00-8.30 pagi. Pergi ke kaunter pertanyaan dan bertanya kepada staf Mahkamah, di mana kes akan didengar. Sesetengah tempat, ada disediakan meja untuk anda mendaftar.

2) Tunggu kes @ nama anda dipanggil oleh jurubahasa Mahkamah.

a) Selepas mendaftar nama anda, duduk dalam Mahkamah dan pastikan anda tidak memakai jaket, topi, atau baju yang tidak sesuai. Sebaik-baiknya, pakai pakaian untuk ke pejabat.
b) Matikan atau senyapkan telefon anda.
c) Jangan pakai cermin mata hitam
d) Jangan berbual-bual dan dengar apa rayuan yang dibuat oleh Orang Kena Saman di hadapan Majistret.

3) Apabila nama anda dipanggil, sila ke hadapan dan dengar pertuduhan yang dibacakan oleh juru bahasa Mahkamah.

4) Fahamkan pertuduhan tersebut dan pastikan segala maklumat yang dibacakan adalah betul.

Antara maklumat tersebut adalah seperti berikut:-

a) Jenis kesalahan
b) Nombor kenderaan
c) Warna kenderaan
d) Di mana kesalahan dilakukan
e) Hukuman terhadap kesalahan tersebut

5) Sesudah pertuduhan dibaca, Majistret akan tanya adakah anda mengaku bersalah atau mengaku tidak bersalah.

a) Sekiranya anda tidak mengaku bersalah, satu tarikh sebutan akan diberikan untuk anda melantik peguam.

b) Sekiranya anda mengaku bersalah, apa rayuan anda untuk kurangkan denda.

6) Antara faktor-faktor dan alasan rayuan yang boleh anda rayu adalah seperti berikut:-

a) Jelaskan mengapa anda melakukan kesalahan tersebut. Contoh: Tayar kereta anda bocor ketika anda ingin menduduki peperiksaan. Motor anda sudah tamat tempoh dan anda terpaksa menggunakan motortersebut untuk ke pusat peperiksaan untuk masa depan anda.
b) Kesalahan tersebut adalah kesalahan pertama yang anda lakukan.
c) Anda adalah penyara tunggal keluarga
d) Anda baru sahaja memulakan kerja
e) Kedua ibu bapa anda mempunyai masalah kesihatan
f) Anda mempunyai banyak tanggungan
g) Anda mempunyai masalah kesihatan
h) Dan sebagainya.

7) Berikut adalah skrip untuk rayuan hukuman yang asas. Anda boleh ubah mengikut keadaan.

Dengan izin Tuan/Puan Majistret,
Saya, (sebutkan nama anda) adalah Orang Kena Saman dalam kes ini.
Saya mengaku salah atas kesalahan tersebut dan ingin membuat rayuan untuk pengurangan denda seperti yang berikut:-

a) Saya adalah penyara tunggal keluarga dengan gaji bulanan /harian sebanyak RM………
b) Saya mempunyai ………tanggugan iaitu isteri saya dan …….orang anak yang berusia antara ……tahun hingga ….. tahun.
c) Saya juga menanggung adik saya yang masih belajar sebanyak RM……sebulan.
d) Saya juga menanggung kos perubatan ibu/ayah saya yang menghidapi sakit ……… Kos perubatan tersebut kira-kira RM…..sebulan.

Dengan pengakuan salah saya ini, saya telahmenjimatkan masa Mahkamah yang Mulia ini.
Saya juga berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, sayamemohon agar denda saya dikurangkan oleh Mahkamah yang Mulia ini.
Sekian, terima kasih.

8) Mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang difikirkan munasabah untuk kes anda.

9) Tunggu bil @ caj pertuduhan dengan hukuman diserahkan kepada anda oleh polis Mahkamah.

10) Bayar denda tersebut di kaunter bayaran.

11) Pastikan anda simpan resit tersebut untuk rujukan pada masa hadapan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anda rasa status ini memberi manfaat kepada orang lain, sila kongsikan dan tidak perlu meminta kebenaran saya. Terima kasih.

Mungkin anda boleh menghadiri ke mahkamah selepas ini dalam membuat rayuan terhadap kesalahan jalan raya yang dikenakan ke atas anda. Mudah-mudahan dengan mengikuti tip yang diberikan oleh peguam ini, denda anda dapat dikurangkan seminimum mungkin. Jom kita memandu dengan berhemah.

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: