Dominant eyes? Kanan atau kiri? Cara nak tahu.

April 28, 2020 By:

Masa NM tengah tonton streaming live oleh professional gamers SingSing di twitch.tv, dia ada mention cara untuk cek sama ada anda ni dominan mata sebelah kanan atau dominan sebelah kiri.

Cara-caranya sangat mudah, tak sampai 5 minit untuk test.

1. Anda buat bentuk tangan yang punyai lubang di bahagian tengah. Tak kisah bentuk bulat ke, bujur ke, segitiga ke. Contoh seperti gambar di bawah

NM buat bentuk donut.

2. Di bahagian tengah tu pastikan boleh nampak satu objek, letak lah telur ke, ayam golek ke, kuih koci ke. Apa-apa saja yang muat lah.

3. Tutup salah satu mata, perhatikan apa yang anda lihat

Kalau masih kekal macam ni, itulah mata dominan anda

4. Cuba dengan menggunakan mata yang sebelah lagi pula.

Ini yang akan terjadi pada pandangan mata yang kurang dominan

Setahu NM, jarang atau mustahil untuk mereka untuk tidak mempunyai mana-mana mata dominan.

Dan ia juga tiada kaitan dengan faktor anda kidal atau tidak. NM akan sambung hal-hal berkaitan pada artikel akan datang. Stay tuned, subscribed untuk elakkan anda dari ketinggalan.

p/s : NM dominan mata kiri, tapi bukan kidal. 🤭

Leave a Reply