Teknologi

3 Langkah mudah kembalikan hidden files pendrive anda (virus)

Bidang IT atau perkomputeran bukan sesuatu bidan utama bagi NM, namun, ada sedikit sebanyak pengalaman NM menyelesaikan masalah berkaitan perkomputeran melalui pengalaman NM sendiri. Bak kata orang sekarang, pengalaman palatao.

Jadi untuk kali ini, NM akan berkongsi cara-cara untuk menyelesaikan file-file anda yang tiba-tiba hilang dari pendrive/folder/hardisc. Dulu zaman NM seorang student, biasalah gunakan USB drive untuk cucuk di cybercafe, lab ke, laptop kawan. Jadi agak tak mustahil untuk tidak terkena jangkitan virus/worm/trojan kepada USB drive tersebut.

Antara yang berlaku adalah diserang penyakit file jadi hilang.

Gelabah tak payah cerita lah. Tapi tenang, NM akan ajarkan. Simple. Perlukan sedikit kemahiran tentang perkomputeran. Follow je. Tak faham boleh DM NM, kita sembang tepi.

  1. Dekat bahagian bawah tu, search / run : commandpromt. Atau CMD. Right Click (Run As adminsitrator)

2. Dah keluar kotak CMD tu, anda taip macam kat bawah ni. ” attrib -H -S F:\* /S /D “. Di bahagian tengah tu kalau partition Pendrive anda di F: ya.. kalau di E:, gantikan.

3. Lepas tu dah boleh tekan close (x) kat atas belah kanan tu. Voila! siap dalam 3 langkah.

Kebiasaanya, virus ni menyerang dengan dia akan copy “FAKE” files anda. Adakala file terus hilang. Lepas dah buat langkah-langkah di atas. Anda boleh lah delete file-file tak berkaitan tu. Lepas tu boleh lah terus scan virus guna anti-virus ya.

Tutorial Video Maaf video edit ala kadar

Kalau anda tak boleh delete seperti biasa, ada masa virus ni memang jahat. Anda boleh gunakan perisian dipercayai iaitu Unlocker. Cara nak guna NM akan kongsikan kemudian ya.

Terima kasih kerana membaca! Jika bermanfaat, share pada kawan-kawan. Kalau ada info-info terkini juga boleh DM NM di bawah ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: