Playstation 5 (PS5) konsol yang dinantikan oleh peminat Playstation
Berita yang dinanti-nanti oleh mereka yang meminati permainan konsol keluaran Sony, iaitu Playstation 5 (PS5). Segala butiran rasmi seperti detail, harga, dan spesifikasi belum dikeluarkan oleh pihak Sony. Namun, ia pasti sesuatu yang mengujakan.
Berdasarkan makluman dari laman rasmi Playstation, perisian konsol itu akan dilancarkan pada musim cuti tahun 2020 iaitu dalam Oktober hingga Disember.

Harga yang dicadangkan untuk dipasarkan adalah 470$ (dalam RM 1,800 matawang ringgit).
p/s :Buat para suami, sila-silalah menabung dari sekarang ya. Buat para isteri, bagi lah chann (chance).