Keluarga

[BLOG] NM beli Air Cooler Midea 15L dari Lazada. Nyaman!

Waktu zaman sekolah rendah dulu parent NM penah beli satu mesin Air Cooler ni letak kat rumah masa menetap di Terengganu dulu.

Sekarang ni pula tiba-tiba sentiasa keluar kat newsfeed NM. Jadi apa lagi, NM angkat lah satu.

NM pilih brand Midea 15L IONIZER ni. Sebab kebanyakan review mengatakan ia adalah yang terbaik pada range harga tersebut. NM beli pun melalui lazada kat https://bit.ly/2AMutxH.

Tak sampai seminggu dah sampai walaupun pada musim PKP. Pantas.

Air Cooler ni pun tak lah berat sangat, NM sorang boleh angkat. Adik Abang yang gagah perkasa mesti lagi boleh kan.

Dalam tu ada buku manual untuk kita baca dan ikut je langkah-langkah yang ditunjuk. Dia pun bagi juga 2 bekas untuk dijadikan ais. Kena letak dalam freezer dulu. Air kena isi di bahagian Water Tank.

Yang bestnya, function dia kalau level air bawah “Min”, dia akan auto tutup. Sangat bagus.

Sepanjang NM dah guna hampir seminggu ni, NM agak berpuas hatilah. Cuma kalau nak dibandingkan dengan aircond, dah tentu lah tak sama. Anak NM pun sejak pakai air cooler ni dah nyenyak tidurnya. Kalau tak asyik meragam je berpeluh tiap malam.

Terima kasih Midea. Harga pun okay, RM339 tak termasuk kos penghantaran. Kalau beli dengan lazada https://bit.ly/2AMutxH, dia guna perkhidmatan thelorry.my. Sebelum dia hantar, driver dia akan call. Agak mudah untuk berurusan sepanjang pengalaman NM dengan mereka.

Itu saja perkongsian kali ini. Harap membantu tidur lena yang tenang. Oh, bunyi masa air cooler ni beroperasi pun tak bising dan menyakitkan hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: