Wan Alyasa Hotel di Cameron Highland Brinchang

June 21, 2020 By:

Terletak di Brincang Cameron Highland, hotel yang istimewa ini didekorasi dengan begitu cantik dan menarik. Thumbs up!

Di bahagian lounge nya juga agak welcoming. Receptionist yang agak mesra dengan pelanggan.

Di hotel ini juga mempunyai lif, tetapi anda perlu untuk menaiki tangga ke tingkat 1 lebih dahulu. Ini agak sukar buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang akan menyukarkan mereka untuk menaiki tangga tersebut. Tangga tersebut juga agak tinggi.

Di dalam bilik juga dihiasi dengan cantik dan kemas. NM menginap dengan harga RM196 untuk dua malam dari Khamis hingga Sabtu.

Lokasinya juga agak dekat dengan Big Red Strawberry Farm.

Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan adalah jumlah parking yang agak limited. Walaupun disediakan parking di bahagian bawah, kawasan tersebut agak sunyi lebih lagi di waktu malam. NM lebih sanggup pusing banyak kali untuk dapatkan park di bahagian atas.

AGODA.COM – WAN ALYASA

NM suggest kalau anda nak datang ke CH, boleh lah booking di sini untuk bajet rendah dan berbaloi.

Jagung susu vs jagung mutiara??? Hmm…

Leave a Reply