Uncategorized

Ladang Teh Boh cameron highland. Berbaloikah?

Masih lagi bercerita tentang Cameron Highland, sewaktu PKPP pastinya CH adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan oleh rakyat Malaysia.

Kali ni NM nak bercerita tentang ladang teh Boh yang terdapat di area Brinchang.

Landmark yang perlu tahu adalah Bee Farm yang besar tepi jalan tu. Kemudian, kita akan melalui jalan yang sempit dan boleh menduga kesabaran.

Waktu ini lah kita perlu punyai sikap toleransi yang tinggi. Sebab apa? Kebanyakan jalan merupakan jalan satu hala sahaja.

NM pula dapat menyaksikan lori bergesel dengan kereta perdana baru. Keadaan jadi lebih sulit.

Perjalanan yang sepatutnya boleh tiba dalam masa 10minit, tetapi disebabkan kesesakan membuatkan perjalanan sampai sehingga 40minit.

Sebelum sampai, ada satu checkpoint anda kena cek suhu dan daftar nama (seorang sahaja yang daftar).

Sesampai sahaja di tempat parking di bawah, akan terdapat kawasan lapang yang luas. Jadi masalah parking bukan menjadi masalah di sini.

Parking besar di bawah, dan anda perlu mendaki sikit lah. Kanan kiri anda ada pokok-pokok boh di sepanjang tangga.

Kat atas, ada kilang proses teh. Tapi tak tahu lah boleh masuk ke tak. Masa NM sampai, kilang tu macam tak beroperasi. Dari luar lah kan.

Tempat rehat tu dah macam RnR, serius… dengan kemudahan tandas yang besar.. ada cafe untuk lepak.. kemudian ada juga kedai jualan produk BOH dengan pelbagai perisa yang unik. Macam macam adoo

Yang best juga, ada gelato aiskrim yang nyummeh. Ada pelbagai perisa. NM beli yang perisa teh tarik dan teh hijau. Ngap!’

Cerita je, gambar tak ada. Boleh search google image kot kalau nak gambaran.

Untuk perjalanan ke luar agak lancar. Dalam 15 minit macam tu dah berjaya keluar. Jalan bertentangan masih lagi beratur panjang yaaa tuan puan..

Jadi seperti yang NM bagitau, kesabaran perlu tinggi kalau nak ke sini. Itu sahaja, selamat menikmati keindahan alam di Cameron Highland.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: