Menikmati burger besar gedabak di restoran MHR Burger Port Dickson

July 16, 2020 By:

Port Dickson yang kini menjadi tumpuan ramai untuk bercuti pada tiap hujung minggu membuatkan kawasan tersebut menjadi padat dan sesak.

Dah singgah sana, rasa nak makan western pula. Mula-mula nak singgah King’s Char Kuey Teow, namun disebabkan oleh kesesakan yang melampau membuatkan NM cuba try test singgah di MHR Burger.

Untuk pengetahuan, MHR Burger ini juga merupakan salah satu restoran yang terkenal di Area PD ni. Jadi NM rasa yakin lah nak try.

Waktu tu jam menunjukkan 8 malam. Ketibaan NM disambut dengan kumpulan Busker yang sedang menyanyikan lagu dari Kumpulan Slam, Gerimis Mengundang.

NM duduk betul betul depan kumpulan busker tersebut untuk menikmati keasyikan persembahan mereka.

Menu sampai, NM order Supreme Lamb dengan air nescafe ais. Kemudian otak otak pun sampai. Ngap sebijik dua dulu buat alas.

Tak sampai 20 minit, santapan NM pun dihidangkan. Waktu tu belum ramai lagi yang hadir. Patty dia besar gila, sesuai dengan harga. Cuma macam biasa , burger besar besar ni roti dia selalu failed. Tak seronok nak ngap sekali. Kena makan sopan sopan guna garfu dan pisau makan.

Komen NM, rasa dia tersangatlah ngam, cuma seperti yang NM tulis di atas, roti dia perlu diperbaiki barangkali. NM suka kalau sayurnya segar bugar. Jarang dapat…. walaupun NM bukan penggemar makanan hijau, tetapi kalau betul betul fresh, hati mana tak tertawan.

MhR burger dari hadapan (ihsan website)

Jadi tunggu apa lagi. Kalau nak try, Jom serbu.

Leave a Reply