Kolej Uniti Port Dickson dalam pembinaan Kampus Pertama Menggunakan Interlocking Brick

July 24, 2020 By:

Kolej Uniti yang terkenal dengan promosi kolej keusahawanan kini melangkah setapak lagi dalam memastikan Up To Date dan sentiasa refreshing.

Masakan tidak, dengan langkah penuh berani, pihak Kolej Uniti Port Dickson sedang mendapatkan kelulusan penuh bagi membangunkan sebuah kampus berkonsepkan interlocking brick (lego) bagi pelajar dan kakitangan di Tg Agas Uniti Village.

Kalau sebelum ini mereka telah membangunkan rumah kediaman banglo bagi pelajar sebanyak 10 unit bagi keselesaan para pelajar.

Untuk kampus ini, ia digambarkan dengan gambaran kampus 2 tingkat yang dilengkapi dengan bilik kuliah, lobi pengunjung, bilik pensyarah yang selesa, dan bilik kelas yang lebih kondusif.

Mercu tanda Kolej Uniti Port Dickson

NM agak kagum dengan Group Kecil dari Uniti Group yang dikepelai oleh Dato Jamal Mohd Amin dalam membangunkan kumpulan ini.

NM juga teruja dapat berkesempatan untuk melawat kawasan tersebut. Ketika itu, kerja kerja pemasangan hoarding sedang dilakukan.

Pemasangan hoarding di Uniti Village
Ilustrasi awal Kampus Uniti Village

Apa yang menariknya, kampus ini juga akan dibangunkan oleh kontraktor di bawah satu kumpulan yang sama iaitu Uniti Brick.

Anda boleh rujuk pada posting sebelum – Bina Rumah Cantik Dengan Interlocking

Projek ini dijangka siap pada tahun 2022 dengan 2 fasa. Kolej Uniti ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumiputera.

Kedudukannya yang berada di tepi pantai juga amat mendamaikan. Bosan bosan boleh lah anda melakukan aktiviti memancing di laut muara tersebut. Siakap tunggu mai jah..

Kalau anda atau saudara mara yang nak lanjutkan pembelajaran di Kolej Uniti, anda boleh hubungi isi borang pendaftaran ini.

Leave a Reply