Perbezaan sertu dan samak. Masyarakat keliru.

July 24, 2020 By:

Ramai orang masih tidak dapat membezakan di antara sertu dan samak

Dua terma ini adalah perkara yang berbeza. Jadi, berdasarkan JAKIM, perbezaan adalah seperti di bawah.

SERTU:-

Menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya. Najis mughallazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan sekali air yang bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air bersih/mutlak.

SAMAK:-

Menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit anjing dan babi.

Jadi dah tak payah nak pening-pening lagi, dah boleh perbetulkan apa yang boleh diperbetulkan. Sekadar perkongsian.

Kredit: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Leave a Reply