COVID 19 Kesihatan

Tak pakai mask, kompaun RM 1000 bakal menanti anda

Bermula 1 Ogos 2020, sesiapa sahaja yang didapati bersalah tidak menjaga SOP ketika Pandemik Covid-19 ni melanda, bakal dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Bukan sikit tu. Rasa tak berbaloi pun ada, akibat kedegilan atau kealpaan kita, kita dikenakan hukuman sebegitu. NM tak mahu nak letakkan kesalahan pada sesiapa. Bagi NM, tindakan kerajaan ini adalah wajar. Ini berikutan dari beberapa kes peningkatan penularan dalam negara akibat dari keegooan individu itu sendiri, bukan sebab terlupa atau tak mampu.

Ada juga kenalan NM yang menganggap tidak perlu terlalu “gelabah”, bagi NM, bukan itu soalnya. Langkah berjaga-jaga dan berhati-hati itu lebih baik dari nilai yang harus dibayar akibat dari sikap kita. Kalau dah terkena (jauhkanlah), baru ang taoooo…

Baru-baru ni NM juga ada terserempak dengan satu penguatkuasa yang tengah mengeluarkan kompaun di PJ. Aduh.. Nampak macam muda lagi orang yang kena kompaun tu. Kesian abang baju merah tu, tapi benda dah jadi. Oleh itu NM rasa dari anda kena kompaun yang tak sepatutnya kena ni. NM suggest anda patuhlah SOP yang ditetapkan tu ya. Sekurang-kurangnya, cuba. Sayangi dompet anda.

Kalau anda nak beli topeng dari Lazada.my, NM suggest anda beli lah topeng yang berwarna biru macam biasa kita lihat kat mana-mana. Bukan apa, NM pernah lihat satu figura ni yang mempromotekan topeng jenis kain, harga udahlah mahal, kononnya tak tembus, last-last kantoi tak berfungsi seperti yang diharapkan. Dah kantoi, sibuk makan Harummanis pula. Kalau betul nak berbisnes, usahlah menipu atau tak betul-betul yakin dengan produk. Mudarat kat orang lain pula nanti ya tuan puan.

Nak mudah boleh je pergi shopping online kat link ni BELI TOPENG ELAK COVID19 . Dapat Rating 4.5star dari 900 lebih review. Harga pun dah ngam sangat dah tu. RM 11.50 je untuk 50 keping. Kalau beli 2 dapat lah diskaun 5%. Yang penting kesihatan anda terjamin.

NM harap perkongsian sedikit sebanyak ni dapat menggerakkan hati anda untuk menjaga SOP (bagi mereka yang masih hati keras seperti Roy Roy Roy). Kalau rasa bermanfaat, NM izinkan untuk share di Facebook dan Twitter. Semoga kita sama-sama dapat sebarkan manfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: