Blog Ekonomi

Burung walit dan tips yang Nenasmadu boleh kongsi

Antara contoh rumah burung di Terengganu


Burung walit, yang seringkali disalah ertikan sebagai burung layang-layang pada kebanyakan orang. SARANG  BURUNG yang terhasil dari burung ini mampu memberikan pulangan yang berlipat kali ganda kepada pengusahanya. Pada waktu kini tahun 2020, 1 kg boleh mencecah nilai average sebanyak RM 5,000.00.

Bersaiz kecil berwarna hitam, burung ini seringkali boleh didapati di kawasan bergua yany merupakan habitat burung tersebut yang paling digemarinya.

NM kali ini ingin berkongsi sedikit sebanyak info tentang satu nilai komersial yang boleh kita terokai. Pun begitu, untuk mengusahakan sarang burung walit ini memerlukan modal yang agak significant.

Ramai orang yang dikenali sebagai sifu sifan dalam industri ini telah NM temui. Banyak juga mazhab, cara, kaedah, dan nasihat yang NM berjaya ceduk dari mereka. Sungguhpun ilmu tuhan itu luas, dan yakinlah ilmu yang kita ada hanyalah bernilai setitik air dilautan. Jadi usah sombong.

Syukur kerana NM dikelilingi oleh mereka yang tak lokek untuk berkongsi serba sedikit tips kepada NM.

Dah bersedia?

1. LOKASI
Ini antara yang sangat penting sebelum anda membuat keputusan dalam menentukan lokasi rumah burung anda untuk burung burung walit bersarang. Lokasi yang paling sesuai adalah di kawasan-kawasan yang punyai gunung ganang di mana terdapat gua-gua disekitar. Pun begitu, ada juga pengusaha membuat rumah burung ini di rumah rumah kedai dalam bandar atau pekan. Tetapi dari penelitian NM, ia tidak meriah seperti di kawasan yang NM sebutkan tadi.

2. PEMANGSA DAN HAMA
Walit sangat sensitif dengan kehadiran pemangsa. Pemangsa yang NM nyatakan di sini antaranya burung hantu, cicak, tikus, lipas dan ular. Selain itu, hama juga boleh menyebabkan burung walit mati.

3. SUMBER MAKANAN
Di sekitar rumah burung tersebut memerlukam sumber makanan bagi burung burung walit mudah mendapatkan sumber berhampiran. Jika terdapat pohon pohon kelapa sawit juga amat membantu. Sumber air seperti sungai dan tasik juga penting. Anda perlu buat kajian tentang keberadaan semua itu.

4. ALAT BANTUAN
Alat bantuan seperti record player, kepingan bersarang(boleh didapati dikedai dengan harga rm3), “ubat pengasih” dan mesin hasilkan wap bagi tujuan menjaga suhu dan humidity dalam rumah burung.

                      Ubat pengasih

Suara burung juga ada 3 jenis yang diperlukan. 1 untuk suara di luar, 2 lagi diletak di dalam. Setiap suara mempunyai fungsi yang berbeza.

5. PERANCANGAN BANGUNAN
Anda perlu menjadi arkitek yang kreatif dan peka dalam desain rumah burung yang diinginkan. Contoh arah matahari terbenam, susunan kayu tempat burung bersarang, laluan burung dan macam macam lagi. Bayangkan anda seekor burung yang ingin duduk dirumah bersama keluarga aman bahagia. Begitulah juga dengan burung walit. Secara detail mungkin boleh PM NM. Nak cerita semua tulis tak best, sembang kedai kopi baru ngam.

Jadi itu saja untuk entri kali ini. Jika rasa bermanfaat, share pada kawan kawan. Semoga anda dapat menjadi usahawan burung walit yang berjaya. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak mahu banyaklah dalihnya.

Keep in mind, pengusahaan rumah burung walit bukan sesuatu yang mudah. Banyak faktor yang akan mempengaruhi hasilnya.

P/S : harga sarang burung walit selepas pkp jatuh teruk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: