Makan-Makan

Kopi latte boba McD (mekdi) di Tasik KUIS

minum boba mcd baru di Tasik KUIS

Benda yang tak dirancang berlaku. NM memang anti latte walaupun kopi lain NM ok je. Cuma bila latte ni bagi NM terus off lah sebab tak power rasa kopi dia kebiasaannya.

Cadangnya cuma nak beli aiskrim cendol kon ikut drive thru mcd, last-last terbeli sekali akibat dari skill salesgirl mcd tu power. Terbeli tanpa sengaja. Macam drama pula.

Coffee Latte Boba McD

Lagi kelakar bila dah beli, baru perasan ada juga yang versi milk boba punya je. Macam The Alley, Tealive, dan Chatime. Ni yang NM pernah rasa lah, sebab list tu antara yang NM yakin dari segi status kehalalan dia. Kalau tak betul tolong bagitahu, NM betulkan.

Berbalik pada kisah latte, biasanya latte merupakan campuran antara kopi dan vanilla, membuatkan rasa dia NM memang tak boleh go. Tetapi untuk latte mcd dengan boba ni, NM boleh accept. Rasa kopi dia pun agak ngam. Lain dari latte yang biasa. Kalau tak, memang mabuk sepanjang hari.

Bubble boba dia pun tak keras, kenyal. Cuma, boba family mart still terbaik berbanding yang lain. NM boleh kata kedudukan boba mcd di tempat no2.

Itu saja, kalau nak, boleh dapatkan di McD berhampiran anda.

NM hirup latte boba mcd ni di tepi tasik Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS). Dalam tasik tu ada banyak kekura. Petang petang siswa siswi berjogging di sekeliling tasik. Oh nostalgia!

Disediakan juga beberapa bangku batu di sekeliling tasik hasil sumbangan dari tenaga nasional berhad kepada yayasan KUIS. Tasik KUIS ini adalah bekas lombong lama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: