Makan-Makan

Raja Satay jalan reko bangi

Kalau di Bangi, kedai satey yang terkenal seperti haji samuri, willy, hakimi, baung dan beberapa kedai sate lagi yang memang orang orang sekitar bangi ni mesti kena rasa.

So kali ni NM berpeluang untuk menjadi antara yang terawal untuk merasai sendiri kedai sate terbaru di Bangi, iaitu Kedai Raja Satay 1900.

NM difahamkan ini adalah cawangan baru yang dibuka dan Bangi menjadi pilihan. Kalau sebelum ni ada di Bandar Tasik Permaisuri. No wonder sistem dia agak teratur dan kemas.

Map Lokasi Raja Satay 1900 (Bangi)

Kat situ juga ada jual Nasi Ayam Hailam. NM beli 5 cucuk ayam, dan 5 cucuk daging. Dia ada set kalau pening nak fikir. Harga set 10 cucuk tu rm16.50 siap dengan kuah, nasi himpit saiz besar, timun dan bawang. Kira not bad lah dari segi harga.

Dari segi rasa dan tekstur pula, NM bagi dulu gambaran supaya anda boleh feeling.

Memang agak berbeza berbanding dengan satay lain di Bangi, terutama dari segi saiz dia yang agak besar(mungkin dalam gambar ni masih belum jelas) dan tekstur dia tak di hanguskan. Disamping pemilihan daging yang empuk. Terus terang NM kata NM belum pernah jumpa sate jenis macam ni di Bangi. Dan sedap kena dengan tekak NM.

Dari segi rasa dan tekstur, NM berpuas hati dengan sate nya, ayam sedap sedap manis dan lembut NM salute dari segi pemilihan isi, sate daging pula disertakan dengan kehadiran lemak. Aroma daging dia tu memang tak hilang. Masuk mulut rasa macam cair, satu perasaan seperti makan daging wagyu (bukan totally sama). Dari segi rasa sate dia NM sangat berpuas hati. Paling penting, tak lekat celah gigi.

Cuma………… kuah kacang dia kureng sikit masa ni. Bukan sebab tak sedap, tapi sebab ada kehadiran rasa masin yang tertonjol. NM pun tak pasti kenapa terlebih masin pada kuah kacang dia. Harapnya itu cuma berlaku pada batch NM sahaja dan bukanlah standard seperti itu. NM jujur, kalau ada something wrong, NM akan mention siap siap. Kalau diperbaiki, pasti duduk di top 1 kedai sate di Bangi dalam list NM.

Buat peminat satay, try lah. Servis dia pun mantap. Tetiba masih rasa sate daging dia kat lidah. 🥴

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: