Keluarga Kesihatan

Bersalin di Hospital Kerajaan Kajang

Masih ada persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa servis di Hospital Kerajaan teruk dan tidak memuaskan. NM sama sekali tidak bersetuju berdasarkan pengalaman NM sendiri.

Buat mereka yang ingin bersalin di Hospital Kajang, jangan risau, NM yakin kepakaran hospital di sana mencukupi.

Untuk proses bersalin buat ibu ibu, dari pintu besar masuk hospital, anda perlu ke simpang ke kiri. Di hujung jalan anda boleh ke kanan untuk turunkan ibu mengandung. Kat situ anda tak boleh parking lama, ada mak guard jaga untuk elakkan kesesakan.

Hospital kajang
Pintu depan hospital kajang. (Mkini)

Ada pintu kecil berhampiran(boleh nampak masa turunkan ibu mengandung), anda perlu register terlebih dahulu dalam bilik tersebut. Kalau waktu covid, anda perlu daftar dengan mak guard tu terlebih dahulu.

Lepas daftar, anda akan diminta untuk tunggu pemeriksaan doktor untuk bukaan cm anda. Jika kes yang sudah tumpah darah atau pecah air ketuban, biasanya anda akan diminta untuk tunggu katil kosong. Waktu menunggu juga bergantung. Kalau macam NM, dalam 1 jam lebih untuk tunggu katil kosong.

Pemeriksaan berterusan dari masa ke semasa akan dilakukan terhadap ibu mengandung. Jika terdapat kompilasi yang memerlukan persalinan secara tidak normal, pihak hospital akan mendapatkan persetujuan terlebih dahulu.

Sudah semestinya pihak hospital telah membuat analisis terlebih dahulu. Bukan main terjah saja.

Untuk kes caeser, NM tunggu tak lama, dalam 2 jam setengah, prosedur nya selesai. Itu tanpa sebarang komplikasi lain lah ya. Bilik bedah di bahagian belakang sikit dari wad yang berada di bahagian depan sebelah kawasan menurunkan penumpang.

Kemudian ibu dan bayi akan diminta berehat. Jika semuanya normal, anda tidak perlu untuk ditahan di wad.

Proses di situ juga agak bersistem, nanti masa ambil ubat, anda perlu buat bayaran terlebih dahulu di kaunter depan berhampiran pintu utama hospital.

Dah selesai, anda boleh lah bawa bayi pulang. Bertambah satu lagi ahli baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: