Agama

Ibnu Soyyad adalah dajjal?

NM suka untuk mendengar ceramah agama yang berkaitan akhir zaman di channel youtube. Antara channel youtube yang NM subscribe adalah AbuKhadijah.

Channel Abu Khadijah ini memuat turun ceramah atau pengisian ilmu agama dari pelbagai penceramah seperti ustaz auni, ustaz lukmanul hakim, ustaz nazrul dan beberapa ustaz lain lagi.

Namun bukan channel youtube Abu Khadijah yang NM nak ceritakan. Tetapi tentang seorang individu pada zaman rasulullah yang bagi NM agak misteri dan masih belum terungkai.

Di sini NM tidak akan cerita secara detail termasuk nas dan dalil serta hadis. Tetapi anda boleh cari sendiri dalil dan nas yang lengkap. NM hanya akan menceritakan dari segi bahasa mudah.

Pada zaman Rasulullah, sahabat sahabat sering mengadu kepada nabi tentang kewujudan seorang budak remaja yang mempunyai mirip dajal.

Oleh sebab itu, Rasulullah sendiri pergi untuk menyiasat tuduhan tersebut di sebuah perkampungan. Kelihatan ibnu soyyad tersebut sedang leka bermain dengan kanak kanak yang lain.

Peristiwa itu berlaku dengan soal jawab antara Rasulullah dan Ibnu Soyyad. Antara soalannya adalah, Rasulullah bertanyakan siapakah dirinya(Rasulullah). Jawapan yang diberikan mengatatakan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul kepada Kaum Ummi (yakini buta huruf atau ditafsirkan oleh sesetengah ulamak kaum arab ketika itu).

Yang mengejutkan adalah, ibnu soyyad bertanyakan kembali kepada Rasulullah “adakah aku Rasulullah?”

Bayangkan budak remaja yang menanyakan soalan begitu. Ketika itu Rasulullah bersama Sahabatnya Saidina Umar Alkhattab. Setelah bersoal jawab. Saidina Umar Alkhattab yang terkenal dengan kebengisannya sudah tidak mampu menahan sabar. Beliau meminta izin untuk memancung budak tersebut.

Rasulullah tidak terus halang, tetapi bertanyakan soalan kepada Umar mengapa beliau hendak melakukan sedemikian. Sedangkan jika benar ibnu soyyad adalah dajjal, maka Umar tidak akan mampu dapat membunuhnya. Manakala jika dia bukan Dajjal, maka mengapa perlu bunuhnya. Begitu halus cara Rasulullah menegur Umar.

Di kisah lain pula, hadis sohih juga. Suatu hari Rasullah ternampak Ibnu Soyyad sedang berkomunikasi dengan bahasa yang tidak difahami di sebuah tempat rehat. Ia membuatkan Nabi menyorok dicelah celah pelepah tamar untuk mencuri dengar perbualan tersebut. Namun, ibu kepada ibnu soyyad keluar dah menjerit kepada anaknya tentang kehadiran Rasulullah. Lalu ibnu soyyad melarikan diri dari tempat tersebut. Rasulullah mengatakan jika ibunya tidak memanggilnya, nescaya baginda akan mengetahui dengan siapa Ibnu Soyyad berkomunikasi.

Rujukan Hadith Dalam Sahih Muslim : 5215

Ada satu lagi kisah antara Abu Said Alkhudriy serta Ibnu Soyyad. Ketika itu Ibnu Soyyad dikatakan telah memeluk islam dan mereka sedang dalam satu perjalanan. Sedang berehat, ibnu soyyad mengatakan dia sedih kerana orang masih menggelarkannya dajjal sedangkan dia berkahwin, ada anak, lahir di Mekah, dan Islam. Sebab Dajjal tidak mempunyai ciri ciri tersebut. Tetapi, di akhir perbicaraan tersebut, ibnu soyyad bersumpah bawah beliau tahu di mana dajjal, lahir, dan siapa orangnya. Boleh rujuk hadis muslim 5209.

Umar Alkhattab juga sehingga ke akhir hayatnya masih yakin bahawa Ibnu Soyyad itu adalah dajjal. Dan tidak sekali pun Nabi Muhammad sama ada membenarkan atau menidakkan tuduhan tersebut.

Apa-apa pun segala janji Allah itu benar, kehadiran dajjal tetap akan tiba. Bersediakah kita?

Youtube berkenaan ibnu soyyad :
1. Ustadz Zulkifli 14:11 duration
2. Dr. Asri (MAZA) 18:15 duration
3. Ustaz Badli Shah 1:04:43 duration
4. Habib Ali Zaenal Abidin 11:13 duration

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: