Keluarga

Simpan gambar kenangan manis dengan menggunakan PHOTOBOOK

Pada zaman dahulu, sebelum teknologi yang ada seperti sekarang. Di mana setiap kenangan akan di simpan di dalam album. Kamera dahulu kala pun menggunakan negatif yang akan dicuci di kedai gambar sebelum di simpan di dalam album tersebut. Pastinya mereka yang hidup pada zaman itu akan terkenang kembali.

cilok dari : Suhana Sabaruddin

Kini segalanya disimpan dalam bentuk digital/maya. Kebanyakan kenangan disimpan dalam pendrive, cloud, ataupun dalam perisian telefon sahaja. Mudah memang mudah, tetapi perasaannya bila kita belek satu per satu gambar tidak sama!

Kodak Filem
Kedai cuci gambar

Terutama ketika balik beraya di kampung, kadangkala orang tua kita sengaja buka album besar gedabak tu di hadapan cucu-cucunya sambil menceritakan sejarah gambar yang terdapat dalam album tersebut satu persatu. Ia pastinya mengimbau dan membahagiakan.

Oleh itu, salah satu inisiatif untuk mengembalikan kenangan tersebut telah dilakukan dengan pemberian nafas baru oleh team Photobook MY. Perkhidmatan yang disediakan adalah mencuci gambar (bukan menggunakan negatif filem, sila baca di bawah kaedahnya).

Photobook ni dah lama NM pernah lihat di media sosial, cuma belum tergerak hati nak gunakannya. Bagi NM, ia agak membazir dan tak sama. Entah dari mana, perasaan nak mencuba tu muncul, dengan harga dia pun tidaklah mahal, releven dan boleh dipertimbangkan. Oleh itu NM pun cuba. Guess what, NM puas hati!

So NM akan bagitau cara-cara nak gunakan Photobook ni. Kalau tak jelas, boleh DM NM atau comment je di bahagian section. Insyallah NM akan reply dengan gigih dan tabahnya.

Cara nak gunakan perkhidmatan ni mudah je,

  1. Pilih pakej (recommend):

    1. 20 keping saiz 4R (4×6) – NAK PHOTOBOOK 20KEPING

    2. HardCover Simplebook 40 keping – NAK HARDCOVER

    3. 200 keping saiz 4R (4×6) – ULTRA 200pcs KEPING
  2. Buat bayaran, dan team photobook akan hantar voucher ke email.
  3. Pergi website rasmi PHOTOBOOKMY
  4. Gunakan voucher tersebut, dan pilih gambar-gambar yang nak dicuci.
  5. Selesai pilih, anda perlu bayar untuk kos penghantaran (shipping cost)
  6. Voila! selesai. Tunggu gambar anda sampai ke rumah. Untuk NM ambil masa 4 hari.

Ada lagi berita baik, anda boleh dapat percuma sofcover 6″x6″ photobook atau 100 keping 4R dengan menggunakan voucher code WELCM22 (untuk pengguna baharu).

Perlu guna di Website, Apps tak boleh, NM pun tak sure kenapa

 

Mudah je kan. Penyimpanan dalam bentuk fizikal bagi NM masih perlu dan penting. Ia lebih sukar untuk hilang contoh terkena virus/ rosak atau terjual fon yang dalamnya terisi kenangan anda. Jadi tak salah untuk miliki album gambar untuk disimpan. 

Btw, boleh juga custom ya hardcover album anda tu.

Selamat Mencuba! NM sudah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: