Blog Ekonomi Politik

Cara Register E-Perolehan Ministry Of Finance (MOF) di Malaysia sebagai Kontraktor atau Perunding (by nenasmadu)

Kalau anda nak dapatkan pembayaran bagi tujuan kerja-kerja di bawah kerajaan yang mengeluarkan kontrak atau tender di bawah seliaan kerajaan, anda perlu untuk mempunyai akaun MOF (e-perolehan) terlebih dahulu. E-perolehan ini di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Untuk mendaftar e-perolehan, anda boleh lakukannya secara online. So kali ini NM akan berkongsi cara-cara NM melakukan proses pendaftaran akaun MOF.

Pertama sekali, anda perlu ke laman website rasmi e-perolehan atau https://www.eperolehan.gov.my/online-registration, kemudian anda akan diminta untuk memilih antara 3 pilihan iaitu Basic account / MOF account / G2G account. Kalau basic account ni bagi NM lebih pada individu dan tidak memerlukan syarikat, sebab kontraknya hanya RM 20,000 dan ke bawah. So NM pilih MOF sebab syarikat NM nak dapatkan kontrak yang lebih sedikit dan mempunyai syarikat yang berdaftar SSM.

Nanti dia akan minta untuk masukkan captcha, NM tak pasti kenapa percubaan pertama mesti dia kata gagal, padahal sudah betul. Tapi kali kedua masukkan dah boleh go.

Nanti isi lah segala maklumat dalam tu. Antara yang penting bagi NM adalah Nombor Pendaftaran Syarikat (nanti dia terus automatik keluar segala data syarikat dan tak perlu isi sebahagian borang), Nombor akaun bank yang akan terlibat dalam transaksi, dan anda juga perlu tahu KOD perkhidmatan yang anda sediakan(pastikan ia berkaitan dengan perniagaan anda, kalau tak MOF akan rejek kalau kantoi).

Logo Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Dah selesai lengkapkan segala maklumat yang diminta, dan submit, anda akan terima email validation. Dalam email tu akan terkandung Nombor Rasmi pendaftaran eperolehan baru (kalau NM, dia dimulakan dengan “ep-xxxxxxx”). Dalam email tu ada link validation untuk pertama kali login.

Tekan link tersebut, and then lepas dah masukkan ID username dan Password(dalam email), anda akan diminta untuk masukkan password baru. Password baru ni ada kriteria dia tersendiri. Jadi simpan di tempat yang selamat password anda ni bagi mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat peribadi.

Voila! selesai sudah proses pendaftaran E-perolehan.

Proses seterusnya adalah untuk memohon lesen MOF. Yang ini NM akan ceritakan pada posting seterusnya. Subscribe blog kecil NM ini untuk dapatkan notifikasi apabila NM ada membuat update artikel yang seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: