Blog Keluarga

PDS Training Camp, aktiviti teambuilding dan family day best di Port Dickson

Berlokasi di Tanjung Agas Port Dickson, PDS Training Camp ini adalah hak milik Danzen Holdings (M). Pengurus kem dikendali oleh seorang wanita gagah perkasa, Siti Fatimah (kak siti).

NM dimaklumkan PDS Training Camp ni telah beroperasi lebih 15 tahun di sini.

Sebelum ni, PDS Training Camp ini juga merupakan operator yang dilantik oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk mengendalikan kem PLKN di Pasir Panjang dari awal-awal lagi. Namun program PLKN telah terhenti pada tahun 2018.

Berbalik pada Kem yang terletak di Port Dickson ini, PDS Training camp ini menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya sebagai tempat penginapan yang photogenik (ada tasik, tepi laut dan swimming pool berasingan jantina secara tertutup), teambulding (banyak sangat agensi kerajaan dan swasta malah sekolah sekolah juga institusi pengajian tinggi pernah sertai), family day (BBQ, SUKANENAKA UNIK), dan Program Kursus (ada dewan dan ruang solat yang selesa).

1. Tempat penginapan
Kalau anda terasa nak bermalam di kawasan tepi laut, dan ingin kawasan swimming pool yang berasingan jantina agar kemaslahatan dapat terjaga, sini adalah tempat yang sesuai. Ini kerana, swimming pool yang disediakan untuk para wanita di tutupi dengan tembok bagi mengelakkan aurat anda terdedah. Sambil berhibur, sambil boleh menjaga syariat anda. Gitchew.

Aktiviti flying fox

2. Teambuilding
Di sini, mereka dilengkapi oleh trainer trainer yang berpengalaman. Para trainer telah dilatih oleh pesara askar yang terdiri dari komando dan regimen yang tidak boleh disangkal lagi kredibilitinya. Ini penting kerana, antara aktiviti yang terdapat di sini melibatkan risiko seperti aktiviti aras tinggi dan aktiviti air. Jadi dengan kehadiran trainer yang berpengalaman dan arif tentang situasi yang mencabar, anda dah tak perlu gusar lagi. Yang penting, dengar pada arahan.

Team oren family day

Selain itu, terdapat aktivti aktiviti funfun dan menguji minda. Nak tahu lebih lanjut apa dia, boleh hubungi Encik Faz atau klik ke whatsapps NAKTEAMBULDING.

Kayak santai di tasik

3. Family Day
Tempat ini juga sesuai untuk aktiviti family day. Buat mereka yang ingin membuat aktiviti bersama keluarga, di sini adalah salah satu tempat yang sesuai. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan, antaranya berkayak di tasik, bbq dan senamrobik.Dah ramai keluarga keluarga yang telah  datang ke sini. Harganya pun agak murah dan padan.

Aktiviti berkumpulan

4. Program Kursus dan Latihan
Setiap tahun, pastinya agensi kerajaan dan syarikat syarikat swasta perlu untuk menjalani kursus sama ada untuk kenaikan pangkat atau sebagai KPI. Antara yang telah menjalani kursus di sini adalah MAHB selama 6 bulan setiap sesi untuk 2 tahun.Padang kawad juga disediakan untuk aktiviti lapangan.

Survival hutan

Jadi ini antara 4 perkara yang anda boleh buat di PDS Training Camp Port Dickson.Untuk maklumat lanjut anda boleh keWebsite PDSTC  :https://pds.com.my
Whatsapp          :+60196418074 (en faz)
Facebook           : fb pdstc

ps : NM terngiang ngiang sambal berapi Ixora dari dapur PDS Training Camp ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: