Blog COVID 19 Ekonomi GayaHidup Keluarga Teknologi

Buat duit dengan Youtube Monetize, mudah atau susah untuk menjana pendapatan?

Menjadi trend kini, ramai orang mencuba untuk menjadi content creator untuk youtube. Antara sebabnya adalah dijanjikan dengan pulangan yang baik.

NM boleh pesan. Tidak semudah itu.

Ada dua syarat utama yang perlu anda penuhi sebelum anda LAYAK untuk menerima bayaran dari youtube. Pertama adalah 1,000 subscribers dan yang kedua 4,000 watchhours. Dalam video anda akan diletakkan adsense. Adsense itulah yang sebenarnya boleh memberikan revenue dari youtube. Ala, yang kadang kadang tengah sedap tonton youtube, tiba-tiba keluar iklan tu.. itulah dia contoh. Kalau rasa nak bagi youtuber tu dapat income lebih, janganlah skip. Tolong menolong. Fahimta?

Ada beberapa servis yang NM jumpa dapat memberikan anda viewers dan watchhours dengan bayaran. Namun, NM amat-amat tidak galakkan. Lagi lagi ia membolehkan anda berkemungkinan terdedah kepada scam atau pencerobohan data peribadi.

NM kini sedang mengendalikan satu channel Youtube (bukan nenasmadu) yang telah layak selepas 3 bulan dari tarikh bermulanya Channel itu dicipta. Itu rezeki.

Youtube montize

Ada beberapa kiraan kasar yang NM boleh kongsikan berdasarkan pengalaman NM. Walaubagaimanapun ia masih tertakluk juga kepada jenis ads, rate semasa dan juga polisi youtube.

Sepanjang 2 bulan(monetize) bersama youtube, untuk kiraan 80 ribu viewers bagi setiap video, NM menerima pendapatan lebih kurang dalam RM100. Itu secara kasar supaya anda dapat merancang dan membuat penilaian jika ingin menjadi content creator bagi youtube pada masa akan datang. Nothing is impossible bak kata adidas.

Sewaktu tempoh PKP disebabkan covid 19, ada seorang figura youtube terviral iaitu sugu pavitha. Mereka membuat video masakan dengan berbahasa melayu. Pelbagai variasi menu so malaysian yang boleh dicuba. Langkah langkah juga jelas. Kini mereka telah berjaya mengubah taraf hidup mereka pada yang lebih baik (abaikan berita negativiti tentang mereka).

Itu antara youtuber yang berjaya menjadikan sumber pendapatan dari youtube. Anda berminat anda boleh cuba. Cuma NM nasihatkan pastikan anda jelas dan komited dalam buat sesuatu. Kerna bidang ini perlu kesabaran dan rezeki yang hanya Dia yang control. So chill out, DUIT (doa, usaha, inovasi & tawakal). Atau sebutan nya dalam english DO IT !!!. Dah jadi macam pakar motivasi pula.

Goodluck guys!

Apa cita kim daud? =_=”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: