Riadah dan istirahat di Canal park Alam Sari Bangi

September 19, 2020 By:

Untuk warga Bangi khususnya yang inginkan kawasan yang sesuai untuk beriadah, di Alam Sari mempunyai suatu taman yang sesuai. Kalau anda dah bosan dengan Tasik Cempaka Di bandar baru bangi, anda boleh singgah di Canal Park Alam Sari Bangi.

Suasananya sangat damai dan ditengah terdapat tasik menyejukkan pemandangan.

Selain itu terdapat juga taman permainan kanak kanak bersaiz sederhana di dalam kawasan tersebut.

Di sini ramai orang yang melakukan aktiviti berjogging dan berbasikal. Tetapi di papan tanda di sini tertera tidak dibenarkan untuk berbasikal.

Memancing di tasik juga dilarang sama sekali. Di tasik buatan ini, terdapat juga air pancut yang tinggi untuk anda bergambar.

Cuma NM agak terkilan, kebersihan sudah mula diabaikan. Penyelenggaraam dan kebersihan perlu lebih kerap supaya kawasan ini kekal cantik dan sesuai untuk aktiviti berkeluarga.

Leave a Reply