Makan-Makan

Teatime Seksyen 7 pesaing Bubble Bee shuib sepahtu?

Viral bagi produk minuman dan makanan trending memang diperlukan masa sekarang. Jutaan wang ringgit dilaburkan dalam bentuk marketing. Seringkali mereka terlupa, tentang perkara yang lebih penting, iaitu citarasa.

Pekerja sedang siapkan.

Ada seorang individu yang menggunakan facebook page iambroku, di mana beliau memberi perkhidmatan nasihat kepada pengusaha kedai makan terhadap produk mereka. Sudah tentu bukan free. Namun, ia menunjukkan betapa pasaran makanan sangat luas dan menarik untuk diterokai. Ia juga berubah mengikut zaman dan lokasi. Contoh di Negeri Sembilan, mereka lebih gemarkan makanan yang pedas pedas, di pantai timur pula lebih gemarkan yang manis manis.

Panjang mukaddimah, so kita terus kepada point utama, NM kali ini telah berpeluang untuk merasai sendiri satu produk Teatime di Bangi Seksyen 7. Sederet dengan Restoran Ayam Kampung. Ini antara outlet mereka. Satu lagi outlet di Rawang. Boleh juga dapatkan kat Foodtruck di Ampang point tiap jam  1 petang sehingga 11 malam.

Terus terang ini pertama kali NM nak rasa sendiri. Sebelum ni kekonon nak try rasa yang bubble bee shuib punya tu di seksyen 9 bandar baru bangi. Tapi dia punya beratur mak aih. Rasa tak berbaloi.

Kebetulan ternampak satu iklan lalu di feed page NM, dah dekat dah tu. Jadi NM decide curi masa untuk singgah sebentar.

Beratur tak panjang, dalam 4 orang je depan NM. Di kaunter dia memang lengkap, tinggal pilih je. Tak serumit dan se custom di Starbuck kalau nak order. Pelayan kaunter dia pun baik dan sopan. Good good.

Produk paling laris dia adalah golden bee series. Dalam tu intipati dia aiskrim+honey+honeycomb+conflake+bubblehoney. Nampak macam kombinasi manis potong kaki kan? Bila NM ngap, woah! tak adalah manis sangat. Bagi NM ngam dah ni. Boleh lagi di terima akal. Memang nikmat. NM beli 4.

3 golden bee series, 1 caramel ice cream

Waktu menunggu pun tak lama.

Cuma sudah dasarnya adalah sejenis aiskrim, cair pun cepat. Jadi kalau nak menikmati pada tahap maksima. Segerakan proses pengengapan anda

So bagi NM, sangat recommended. Bolehlah try.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: