COVID 19 Keluarga

Proses pendaftaran MyKid kelahiran baru anak di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)

Mungkin ramai yang masih belum biasa untuk melakukan proses pendaftaran kelahiran anak di mana mana cawangan JPN yang berhampiran.

Selepas anak anda selamat dilahirkan. Pihak hospital akan mengeluarkan surat kelahiran untuk dibawa ke pendaftaran JPN yang terdekat. Surat dari hospital itu diletakkan di dalam sampul dengan notis pada luar bertulisan “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA”.

Dalam sampul itu juga akan disertakan dengan Borang kepada JPN. Pihak hospital akan cop/tandatangan di bahagian “penyambut” yang terdapat di dalam borang tersebut. Isi dengan lengkap segala maklumat ibu bapa dan anak.

Ketika zaman Covid, suami atau wakil atau ibunya sendiri salah satu perlu untuk membuat temujanji terlebih dahulu. Tetapi bagi NM, setibanya di sana, dia tak cek betul betul pun. Cuma ikut je macam yang dah dibuat appointment tu.

Anda perlu ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil. Di kaunter ambil nombor, pegawai akan cek dokumen dokumen yang anda bawa bagi memastikan ianya lengkap.

1. Borang JPN diisi lengkap termasuk nama anak, dan surat dari hospital

2. Salinan dan ASAL IC atau passort(bagi bukan warganegara. Kalau passport anda kena buat juga salinan visa atau permit masuk anda.

3. Sijil perkahwinan atau sijil cerai yang ASAL dan SALINAN. Salah satu sahaja yang diperlukan sama ada sijil pihak lelaki atau perempuan.

4. Buku Pink (pranatal checkup) yang ASAL DAN SALINAN. Yang salinan dia nak beberapa part sahaja. Muka depan, last checkup, page kelahiran, dan status. Kalau rasa kurang pasti, cetak je semua yang ditanda. Tapi bab yang checkup sepanjang sebelum bersalin tu anda ambil yang terakhir sahaja.

Jadi 4 dokumen ni kena bawa ke JPN untuk urusan. Nanti akan ada semakan lagi sekali semasa di kaunter urusan.

Cek betul betul takut ada maklumat tersalah. Dan pegawai akan minta anda sign sebagai pengesahan di borang tersebut.

Contoh sijil kelahiran di Malaysia mengikut status

Tunggu dalam 10minit, sijil kelahiran anak anda dah siap!. Kalau nak beli sampul lutsinar JPN tu harga semasa rm3.50. Tak adalah takut risiko terkena air nanti dah rosak. Lagipun dia macam stylo sikit lah dengan ada lambang JPN. Baru lah ngam.

Pegawai akan maklumkan tarikh untuk datang ambil mykid. Oh ya, dalam borang tu akan ikut apa yang kita isi alamat yang akan tertera di MYKiD nanti.

Biasa tempoh siap MyKid dalam sebulan. Dah selesai semua maka dengan secara rasmi anak anda telah berdaftar secara sah di bawah pendaftaran JPN Malaysia, NM ucapkan tahniah buat mereka yang punyai cahaya mata baharu, dan selamat berjaga malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: